JiwaKU PROSTAR: 2009

FoLLower

aktiviti...PRS negeri perak 2009



Permainan aksi Lincah PROSTAR.... Kira tengok sapa yang kena...


Senam jangan tak senam adik... baik untuk kesihatan...


Sambutan Selamat Hari Lahir..... Allah Selamatkan kamu.....Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan tuan haji bakhir... Allah selamatkan kamu (gurau aje) apapun semoga panjang umur
Latihan Dalam Kumpulan..... ( LDK )



Suai kenal....kapal karam

gelagat urusetia...PRS 2009













Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Negeri Perak 2009

Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput.... Perak

Bertarikh pada 28 sehingga 30 Disember 2009..penutup tahun 2009 telah diadakan satu Program Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2009.Program anjuran Kelab PROSTAR Negeri Perak dan Kelab PROSTAR Malaysia dengan kerjasama Kelab PROSTAR Larut Matang dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini telah menghimpunkan seramai 49 peserta iaitu 15 peserta perempuan dan 24 peserta lelaki serta dibantu dengan 18 Urusetia telah terlibat dalam program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam nie....

Dalam program ini Kelab PROSTAR Larut Matang telah diberi kepercayaan oleh Kelab PROSTAR Negeri Perak untuk menganjurkan dan menjayakan program PRS ini dengan bantuan dari AJK Negeri Perak...Kelab PROSTAR Larut Matang telah menghantar wakil dan peserta untuk program PRS ini..

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti... Kapal karam, ceramah,kembara PROSTAR, Aksi PROSTAR,Ceramah dari PDRM, Penghayatan diri, persembahan kumpulan serta permainan mata ikan dan sebagainya...

Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.... disamping itu urusetia telah mengadakan 2 anugerah remaja yang cemerlang dalam program ini.... Bagi peserta lelaki adalah Adik Mohammad Rusydi dan peserta perempuan Nurul Husna...

Sebanyak 10 Daerah telah menghantar wakil yang terbaik dan terpilih untuk mengikuti program ini...

Program ini telah dirasmikan oleh En. Khairil Azha b. Daud, Ketua Pemuda Kg. Bekut,Sg. Siput.. Beliau juga adalah merupakan bekas YDP Kelab PROSTAR Negeri Perak bagi tahun 1996 sehingga 2002...

Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Penyelaras - penyelaras daerah yang terlibat serta AJK Kelab PROSTAR Negeri Perak.... yang sudi membantu dan menjayakan program PRS Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2009... tidak lupa juga kepada En. Yussaini yang turut serta menjayakan program ini... Sekian jumpa lagi...





Tentitan peristwa.... Kembara PROSTAR PRS Ng. Perak 2009










Inilah Barisan kita....remaja gagah berani menyahut cabaran...





Cabaran lasak....remaja PROSTAR

Kenangan gotong - royong

Cherating, Pahang - 16 Disember 2009 ( Rabu )

Jam : 9.00 pagi

Tempat : Kampung Nelayan Sg. Balok, Kuantan, Pahang.



Gambar beramai - ramai selepas gotong royong


Bengkel HIV/ AIDS







Cherating- Pahang... 14 - 16 Disember 2009

Bertempat di Santuary Beach Resort, Cherating telah diadakan satu kursus iaitu Bengkel Pengukuhan HIV 101 Bengkel ini telah mengabungkan beberapa agensi yang terlibat seperti Kelab PROSTAR Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Persatuan Pink Triagle, AADK , Pemadam dan beberapa agensi lain. seramai kebih kurang 70 orang peserta telah terlibat dalam bengkel ini.... Bengkel ini diadakan untuk bersama2 bagaimana mengatasi dan mencegah penyelularan penyakit HIV/AIDS yang semakin berleluasa.

Perbagai Aktiviti telah diadakan seperti ceramah, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan, Permainan dan gotong- royong.

Dalam bengkel tersebut banyak perancangan dan idea telah diketengahkan untuk mengatasi masalah jangkitan HIV / AIDS.

Kelab PROSTAR Larut Matang telah menghantar wakil untuk menyertai bengkel tersebut. Bengkel yang diadakan adalah untuk Sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun.

Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Presiden Bulan Sabit Merah iaitu Dato' Dr. Wira Bahari.


Bersama Presiden melawat PKP Kuantan, Pahang...

Tuan Presiden turun padang.... wau rajin betul tuan presiden kita... jika x silap pada 15 Disember 2009 ( Selasa ), tuan presiden bersama ajk lain telah mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Khidmat PROSTAR ( PKP ) Kuantan Pahang.

Pada lawatan tersebut juga Kelab PROSTAR Larut Matang telah menghantar wakil untuk mengiringi tuan Presiden..Glamour lagi... wakil kita adalah Penyelaras Kelab En. Meor Abd. Rahman Meor Zainuddin, Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang En. Ahmad Rasyidi Elias dan Bendahari kelab En. Mohd Irwan Nerzami.... tidak lupa pada En Idrus.. Co pilot.
Semasa lawatan tersebut Kami telah melihat pusat tersebut yang baru dalam operasi. ia berhampiran dengan sekolah. Pusat tersebut asalnya daripada bangunan Klinik Kesihatan.. di dalam pusat tersebut terdapat beberapa bahagian seperti ruang menunggu, gim, bilik kaunseling dan sebagainya.

Jom...Moh Kita daki Bukit Larut....










Sambutan Hari AIDS Peringkat Daerah LMS telah selamat dijalan pada 12 Disember 2009.... Program ini adalah kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah LMS, Kelab PROSTAR Laru Matang dan dengan lain - lain agensi. Sebelum Flag Off peserta menjalani sesi regangan yang disertai juga oleh TPK. Majlis perlancaran tersebut telah dilancarkan pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr. Hj. Mohamed Naim b. Abdul Kadir. Beliau juga telah mendaki bersama- sama dengan peserta.

Seramai lebih kurang 300 peserta yang terdiri dari orang awam, kakitangan dari agensi jabatan lain dan juga Ahli Kelab PROSTAR telah terlibat secara langsung. Peserta hendaklah mendaki sepanjang lebih kurang 1.5 kilometer.( Chekpoint 2 ). Di Chekpoint disediakan air minum, makanan dan juga tuala.

Semasa menuruni bukit peserta boleh mencuba nasib dalam hadiah cabutan bertuah. Sebanyak 30 cabutan bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur. hadiah cabutan bertuah berupa makanan berkhasiat.

Majlis tersebut telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Sepanjang program tersebut terdapat perbagai aktiviti yang telah disediakan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang iaitu Pameran, Permainan Dam Haji, Kuiz PROSTAR dan juga jualan. Kelab PROSTAR Larut Matang juga telah menyediakan sebanyak 5 hadiah kuiz untuk pertandingan kuiz.Walaupun program ini dijalankan selama setengah hari ianya telah mendapat sambutan yang hangat.

Muffin....PROSTAR Larut Matang

Kelab PROSTAR Larut Matang telah bekerjasama dengan satu syarikat pengeluaran muffin.... Tujuan kerjasama ini adalah untuk membantu antara satu sama lain. Ia juga dapat menjana ekonomi Kelab PROSTAR Larut Matang serta memberi pendedahan dan kemahiran dalam bidang perniagaan kepada Ahli Kelab PROSTAR.

Walaupun bidang ini baru, maka Kelab PROSTAR Larut Matang dapat mengharunginya
Segala pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi atau email tempahan anda.

1. En. Meor Abd.Rahman b. Meor Zainudin = 05 - 8072027


2. En. Ahmad Rasyidi Elias = 012 - 5740194





*** untuk tempahan luar dari daerah Larut Matang dikenakan bayaran pengangkutan.


Remaja PROSTAR Main Futsal.....Remaja Cergas

Pada 21 Februari 2009 ( Sabtu ) Bertempat di Purnama Sport kamunting telah diadakan satu pertandingan Futsal PROSTAR peringkat daerah... walaupun pun buat pertama kali di buat Kelab PROSTAR Larut Matang telah berjaya melaksanakan pertandingan ini....

wau ramai yang join.. 28 team pulak tuu,.... luar daerah pun ada terutama dari selama, kuala kangsar, manjung dan juaga kerian.... masing - masing tunjuk jaguh dan handal dalam perlawanan.... perlawanan selama 1 hari tu.. sungguh memenatkan main liga lagi....

walaupun dikenakan yuran yang rendah tetapi semangat kesukanan ada di jiwa remaja.. Perlawanan tersebut telah dimenangi dari daerah manjung...kuat tu... dan naib johan Belia Taiping B serta ketiga dimenangi oleh Belia Taiping A dan Klinik kesihatan Trong.

Ribuan terima kasih kepada Purnama serta pengadil yang bertungkus lumus dalam mengendalikan pertandingan tersebut.. tidak lupa kepada urusetia yang terlibat.....


terima kasih juga kepada YDP PROSTAR Negeri Perak Pn. Shuhaila bt. hj. Ahmad Jamlos dan Setiausaha PROSTAR Negeri Perak Mohd Asrol b. Mohamed yang sudi hadir pada hari tersebut. Kepada Kelab PROSTAR yang terlibat serta remaja PROSTAR yang lain trima kasih banyak2..... Nanti kita sama2 join lagi yea....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...