JiwaKU PROSTAR: Oktober 2009

FoLLower

SINAR RAMADHAN PROSTAR CEGAH HIV 2009



Ramadhan merupakan bulan yang didalamnya penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, Bulan yang diturunkan Kitab Al-Quran didalamnya iaitu kitab terakhir buat manusia sebagai panduan kehidupan...

Keberkatan dan Kemuliaan Ramadhan ini harus tidak dilepaskan oleh setiap kita didalam merebut dan mencari serta mengumpul saham dunia.

Diatas kesedaran itu, Prostar Taiping mengambil kesempatan merebut peluang Ramadhan bagi menjalankan Program Sinar Ramadhan yang tahun ini merupakan program siri kedua secara berturut-turut dilaksanakan. Berorientasikan penyampaian maklumat berkenaan pencegahan HIV/AIDS kepada remaja disamping memupuk semangat khidmat sosial serta bantu-membantu sesama insan.

Ramadhan 2009 tercatat dengan Program Sinar Ramadhan Prostar Cegah HIV oleh kelab Prostar Taiping yang telah berjaya tambahan dengan adanya kerjasama Positif Pihak Pengurusan Felda Ijok, Selama Perak dan Felda Ijok, Selama Perak sebagai lokasi Program. Program selama 3 Hari 2 Malam ini dilaksanakan pada 11-13 Sept. 2009 bersamaan 21-23 Ramadhan 1430 Hijrah. Melibatkan peserta dari kalangan pelajar sekolah juga golongan belia lepasan sekolah.

Sinar Ramadhan Prostar Cegah HIV 2009 ini diharapkan membawa sinar yang lebih cemerlang dalam menyerlahkan kemilau curahan usaha kita menyebarluaskan ilmu berkaitan pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
Sinar Ramadhan Prostar Cegah HIV 2009 ini juga diharap akan menjadi pemangkin kearah yang lebih positif dalam mempromosikan Prostar di mata masyarakat.

Melalui Sinar Ramadhan Prostar Cegah HIV 2009 ini juga menjadi harapan kami barisan Urusetia agar terus diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuasa untuk kami terus bergerak menyemai benih-benih ilmu pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Juga menjadi harapan kami barisan Urusetia agar anda semua terus menyokong usaha murni ini dan sama-sama kita menelusuri ketamadunan ini sebagai bangsa yang berjaya sihat dan bermaruah.

Kepada golongan remaja, sahutlah perjuangan ini dengan suara senada agar kita terus berada di persada. Terus-terusan kita bersinar, jangan sekali-kali sirnakan semangat yang setitis kerana semangat secebis itu bisa menjadi selautan maruah yang dapat dibanggakan.


DARI REMAJA, MELALUI REMAJA, DAN HANYA UNTUK REMAJA itulah satu-satunya pegangan PROSTAR (Program Sihat Untuk Remaja Malaysia)

sekian, ikhlas dan tulus dari Tintatulus

Senario Masa Kini

Kebobrokan dunia masa kini membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kepada golongan remaja untuk terus menerokai segala kebaharuan dan mencuba kenikmatan sementara hirupan maut NAJIS DADAH dan segala bentuk, rupa dan jenis sekutunya.
Ruang dan peluang ini sebenarnya nyata memberikan kerugian yang cukup besar jika GOLONGAN REMAJA seperti anda yang terang-terangan adalah aset yang cukup bernilai kepada negara terjebak didalam ruang dan peluang yang penuh kelaknatan ini...
KETAHUILAH BAHAWA RUANG DAN PELUANG YANG JIKA ANDA PILIH INI SEBENARNYA PERINTIS KEPADA KEMUSNAHAN SENYAP DIRI ANDA....

ikhlas dan tulus dari tintatulus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...