JiwaKU PROSTAR: November 2009

FoLLower

Moh kita Rakit Ke Hulu....

Pada 6 hingga 8 November 2009 Kelab PROSTAR Malaysia telah mengadakan Karnival Rakit PROSTAR Peringkat Kebangsaan yang telah dilaksanakan di Kg. Batu Melintang, Tapah. Program julang kalinya di buat oleh Kelab PROSTAR Malaysia telah mendapat penyertaan dari Kelab PROSTAR dari Kedah, Terengganu, Pahang, Melaka dan Negeri yang terdapat di semenanjung... Progrm rakit yang dibuat selama 3 hari 2 malam ini juga telah mengumpulkan PROSTARIAN dan sebanyak 30 rakit telah dibuat.

Sepanjang program tersebut terdapat beberapa aktiviti seperti Senamrobik, Lawatan Ke Kg. Orang Asli, Gotong Royang dan sebagainya telah diadakan.... Pada hari yang dinantikan peserta perlu menjawab soalan di setiap persinggahan dan terdapat 5 chekpoint dan mata dikira untuk setiap kumpulan.

Mereka yang telah berjaya diberi hamper dan saguhati ..... tempat pertama disandang oleh penduduk tempatan dan tempat kedua dan ketiga dari luar negeri Perak.

Program ini juga turut dihadiri oleh Presiden Kelab PROSTAR Malaysia iaitu Dr. Ismail Lasa yang sama2 membantu menjayakan program ini. Terima Kasih dan syabas kepada tuan
Presiden yang sudi turun padang.

Perasamian penutup telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak.













Kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri



Kemeriahan bulan Syawal masih terasa terutama kehangatan sambutan hari raya aidilfitri walaupun setelah sebulan ia berlalu dengan penuh meriah. Sambutan ini telah direalisasikan oleh Kelab PROSTAR Negeri Perak. Sambutan kali ini telah diadakan selama satu hari, yang lebih meriahnya disambut dengan hari Deepavali... Ini menunjukkan gagasan 1 Malaysia diutamakan. Kelab PROSTAR Hilir Perak telah menjadi tuan rumah majlis tersebut. Walaupun sambutan ini bergabung dengan agensi lain ianya amat meriah.
Kelab PROSTAR Larut Matang telah menghantar wakil untuk menyertai sambutan hari raya tersebut. Sambutan tersebut telah dihadiri dari Kelab PROSTAR daerah dari seluruh negeri Perak.

Sambutan Hari Raya Peringkat Negeri telah diadakan di Dewan Krentina, Teluk Intan. Perbagai acara termasuk tarian kebudayaan oleh adik2 dari tabika kemas.. wau... comel2 adik - adik kita yea... di samping tu pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan di adakan. Kelab PROSTAR telah memberi sumbangan berupa beg kepada adik2 yang bertuah. Ia disampaikan oleh YDP Kelab PROSTAR Negeri Perak.

Kelab PROSTAR daerah Larut Matang telah diwakili oleh En. Mior , En Irwan, Cik Ili, Cik Nurul, Cik Atie, En. Azrin dan tidak lupa pada pemandu yang sempoi En. Idrus. oopppss terlupa saya dan En. Ahmad Rasyidi.. saya le tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...