JiwaKU PROSTAR: Januari 2010

FoLLower

Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR Larut Matang.... akan dibuka...Tunggu

Berita Terbaru.....

Kelab PROSTAR Larut Matang telah mendapat sebuah tempat untuk menjalankan aktiviti kelab dan juga remaja... Pegawai Kesihatan Daerah Dr. Hj. Syed Mud Puad b. Syed Amran telah memberi kepercayaan kepada kelab untuk melakukan pelbagai aktiviti untuk remaja dan tempat tersebut terletak di atas Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ( KKIA ) Bandar berhampiran dengan The Store Taiping... Pusat ini diwujudkan adalah untuk kemudahan ahli kelab PROSTAR Larut Matang yang mempunyai masa yang terluang...

Pusat ini diadakan bertujuan untuk menjalankan aktiviti kelab dan juga perbagai aktiviti..
diantara aktiviti Pusat adalah... Permainan dam, congkak, datt, karom dan juga perbagai permainan dalaman...akan diadakan.

Bagi aktiviti Kelab PROSTAR Daerah Larut Matang,pusat aktiviti akan mengadakan perkhemahan, outresch atau temuseru, pertandingan dan kursus serta program yang dianjurkan oleh kelab daerah, negeri mahupun kebangsaan...

Kepada ahli kelab dan juga remaja yang ingin menyertai boleh juga melihat aktiviti kelab melalui blog kami http://www.prostarlms.blogspot.com/ jadi apa lagi... aktifkan diri anda jika anda ingin berjaya..dalam kehidupan anda..

Pada permulaan nie... pusat ini sedang diperkemaskan dan dipercantikkan... dan akan dibuka dengan rasmi jika semua telah siap sedia...kepada ahli kelab yang mempunyai idea atau cadangan boleh memberi cadangan kepada pengerusi kelab En Ahmad Rasyidi Elias email.. vipervampire@gmail.com atau hubungi di talian 012-5740194.

Saya berharap agar pusat Aktiviti ini mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada ahli kelab dan juga remaja di daerah Larut Matang... saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai kesihatan daerah dan juga pegawai kesihatan serta kakitangan kesihatan daerah LMS yang memberi segala sokongan padu untuk merelisasikan kelab remaja iaitu Kelab PROSTAR di bawah Kementerian Kesihatan ini..



Bilik pentadbiran kelab sedang dalam proses mengemas...




Permandangan dalam pusat aktiviti PROSTAR Larut Matang

Kenangan Indah di Gunung Ledang...


Ceria bersama tuan Presiden..... 1 Prostar , 1 Misi , 1 Harapan

Tunggu Komuter ke.....Ooooppp dah sampai..ke stesen

Berehat seketika bersama Muffin PROSTAR....

Tuan Presiden Turun ke Gunung Ledang...

Gunung Ledang, Tangkak Johor

Sepanjang 3 hari 2 malam bertempat di Gunung Ledang Resort, Tangkak Johor .. telah berlangsung 1 Mesyuarat penilaian PROSTAR 2009 dan Pelan Tindakan Kelab PROSTAR 2010.. Mesyuarat ini dihadiri oleh YDP Negeri, Setiausaha dan Bendahari Kelab PROSTAR Negeri- negeri telah berkumpul termasuk penyelia - penyelia PKP Negeri....

Mesyuarat ini adalah untuk berbincang atau mempersembah aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab PROSTAR negeri2...
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh tuan Presiden Kelab PROSTAR Malaysia, Dr. Ismail Lasa... Kedatangan beliau dalam Mesyuarat ini memberi makna kepada kelab PROSTAR terutama kelab PROSTAR dan PKP di seluruh negeri.

Bagi kelab PROSTAR Perak 3 AJK PROSTAR Larut Matang telah hadir untuk membentangkan aktiviti negeri Perak... antara mereka En. Meor Abd. Rahman, penyelaras En. Ahmad Rasyidi Pengerusi dan En. Mohd Irwan Bendahari... Perbagai usul dan cadangan telah di ketengahkan..








Kem Inspirasi PROSTAR 1

Jelai - 9 & 10 Januari 2010

Bertempat di air terjun Ayer Itam, Jelai...satu kem Inspirasi yang terdiri dari 10 orang ahli kelab PROSTAR Larut Matang telah diadakan bagi pembuka tahun 2010.

Walaupun hanya sedikit yang hadir dan program tergempar namum... kem ini berjaya dijalankan... Kem yang berkonsepkan perkhemahan ini bertujuan untuk mendekatkan ahli elab dengan keindahan alam semula jadi dan menikmati udara yang nyaman serta tenang dengan bunyian hidupan liar dan deruman air terjun..

Kem ini juga menjalankan aktiviti seperti BBQ pada malam pertama serta aktiviti2 yang bersesuaian dengan program ini... Segala dilakukan dengan sendiri dan ianya melatih ahli kelab untuk berdikari.

Kem ini juga merapatkan silaturahim di kalangan ahli kelab dan juga dengan masyarakat tempatan... pada awal kehadiran kami hujan telah turun untuk menyambut kedatangan kami... tetapi selepas reda dari hujan cuaca baik sehingga hari esok...

Terima kasih diucapkan kapada ahli kelab yang telah menghadiri kem ini.. bagi yang belum lagi.. tunggu kem inspirasi yang akan datang....tunggu jangan x tunggu... kami sentiasa bersama anda.. 1 PROSTAR 1 Misi 1 Harapan



PROSTAR Larut Matang turun ke bumi Hang Tuah

Pada 15 januari 2010 satu lawatan sambil belajar ke bumi Hang Tuah oleh 3 pahlawan dari kelab PROSTAR Larut Matang iaitu Penyelaras kelab En. Meor Abd. Rahman(meor_ar@yahoo.com.my), Pengerusi En. Ahmad Rasyidi dan Bendahari En. Mohd Irwan telah membawa seribu erti..

Lawatan tersebut diadakan sebelum menghadiri Mesyuarat pencapaian 2009 dan Pelan Tindakan 2010 peringkat kebangsaan yang diadakan di Gunung Ledang Resort, Tangkak , Johor pada 15 - 17 januari 2009... Lawatan ke Pusat Khidmat PROSRTAR ( PKP ) Jasin telah disambut mesra oleh penyelia PKP Cik Hasniza dan juga pen. penyelia En. Amirul...

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga mempelajari pengurusan pusat dengan lebih baik.... Keadaan pusat tersebut amatlah membanggakan.. cantik, kemas dan tersusun... terdapat internet, ruang bacaan, ruang rehat dan sebagainya... Pusat ini juga merupakan satu Pusat Khidmat PROSTAR yang aktif menjalankan perbagai aktiviti dijalankan samada di PKP tersebut mahupun di luar.

Walaupun lawatan tersebut hanya beberapa jam sahaja.. Ianya banyak memberi pembelajaran diperolehi dan boleh digunakan untuk Pusat Ativiti Remaja PROSTAR Daerah Larut Matang yang bakal dibuka tidak lama lagi...

Pihak kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhinggakepada PKP Jasin yang sudi menerima kedatangan kami walaupun secara mengejut... Harapan kami agar perhubungan akan berkekalan... bersamalah kita merelisasikan slogan PROSTAR Malaysia 1 PROSTAR 1 Misi 1 Harapan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...