JiwaKU PROSTAR: Februari 2010

FoLLower

Lawatan Kami Hapening


19 februari 2010, Jumaat - Pagi kami yang indah diceriakan dengan melawat PKP Klang.. :) setelah puas meninjau PKP Klang,peserta muslim lelaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat..walaupun bermusafir, tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta tetap diutamakan..sementara itu, para peserta lelaki yang bukan muslim dan wanita
pula diberi kebebasan untuk bersiar2 di sekitar SACC Mall serta Plaza Alam Sentral...

Kemudian, kami dibawa ke

Pusat Kumpulan Karangkraf…kami juga berpeluang melihat dengan lebih terperinci tentang proses-proses penghasilan bahan-bahan bacaan…kami juga mendapat cenderahati dari pihak Karangkraf sebagai santapan minda….…

Shah Alam kami datang...










Hallooooo…eh,korang nak tau tak????

18 februari 2010,khamis..pada pukul 8.00 pagi seramai 8 ahli prostar larut matang bertolak ke Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cherakah, Selangor Darul Ehsan untuk mewakili negeri Perak Darul Ridzuan…kami tiba di Lima Oscar Kilo Alpha Sierra India @ lokasi(bahasa radio) pada 0300 pm …kelewatan kami disebabkan tersesat jalan..pening jugak nak pegi ke TPM ni..:) nasib baik ada abang pemandu dari klinik kesihatan Shah Alam menjemput kami untuk memandu arah ke tempat yg hendak dituju…..


Apabila tiba di lokasi kami dimaklumkan untuk mendaftarkan diri masing-masing dan meletakkan barang barang di rumah penginapan…akhirnyaaa,perut kita org mendendangkan lagu kerongcong untuk ana…siap ada live band lagi..:P jadi,pemandu van yang murah hati,iaitu Abg Idros telah membawa ktorg keluar untuk mencari makanan di sekitar lembah shah alam yg akhirnya terhenti di restoren CILI MERAH….teh ais 1!laksa kedah 1!..hmmm…makanannye,boleh laaa….tapi,harga mengikut standart di shah alam,huhuh…

Setelah perut kenyang mengisi segala makanan di Shah Alam ni kteorg tak lupa kepada yang Maha Kuasa..kteorg singgah di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..huh….besar betul masjid nyer…. Setelah menyelesaikan segala tanggungjawab kami kepada Maha Pencipta,kami meninjau sekitar masjid tersebut..almaklumlah...kami musafir dagang merantau…snap!snap! beberapa kepingan gambar menjadi “ole-ole” untuk di bawa pulang sebagai paduan kenangan di Shah Alam nie…pastu..kteorg balik ke tempat penginapan untuk melepaskan segala lelah yang ada..

Meneroka Cakerawala bersama PROSTAR KL

Melihat Bintang dilangit....



Talk disampaikan oleh YDP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur En. Zainuddin. Dalam ceramah beliau, menyatakan setiap insan mempunyai cahaya di dalam diri masing2 dan cahaya tersebut boleh bersatu dengan cahaya di bintang di angkasa lepas. Wah motivasi nie...terasa bersemangat menaikan berkecimpung dalam PROSTAR nie.


Beliau memberitahu bagaimana untuk menambahkan ahli dari golongan cindian (cina dan india). Iaitu mangadakan ide2 yang baru mengikut minat golongan tersebut contohnya seperti yang dibuat sekarang. Alhamdulillah ramai yang telah mendaftar dalam Kelab PROSTAR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nampak gaya, lawatan kami ke Bumi Selangor tidak sia2 kerana banyak ilmu serta sumber inspirasi yang kami perolehi hasil dari kursus ini. Bayangkan la anda dapat berjalan2 serta memperolehi ilmu yang bermanafaat secara tidak langsung. Untuk survive hidup mendatang dan mempunyai ramai kawan dari segenap pelusuk negara di Malaysia.

banyak berjalan luas pandangan....

Gerai PROSTAR Larut Matang Mengegarkan Program....PRIDE

Barisan Urusetia dan Sukarelawan
Kelab PROSTAR Larut Matang

Program yang dianjurkan oleh Yayasan PRIDE ( Persatuan Pencegahan Kanser Payudara ) dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta LPPKN yang telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping ( Kamunting ) pada 6 Februari 2010 ( Sabtu ) telah digegarkan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang..

Seramai 14 ahli kelab PROSTAR Larut Matang terdiri daripada Penyelaras Kelab,Pengerusi , Bendahari serta 11 ahli sukarelawan Kelab PROSTAR Larut Matang telah turun sejak pukul 8.00 pagi lagi... walaupun majlis tersebut bermula pada 9.00 pagi...

Kelab PROSTAR Larut Matang telah membuka gerai pameran... terdapat beberapa aktiviti yang telah diadakan di ruang pameran tersebut diantaranya....

1. Mengadakan jualan Muffin yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai...
2. Mengadakan ruang permainan tradisional seperti Congkak dan Dam Haji untuk remaja....
3. Mengadakan Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation.....
4. Mengadakan pameran PROSTAR....
5. Mengadakan Pendaftaran Keahlian Kelab PROSTAR Larut Matang....
6. Mengadakan Pertandingan teka jumlah bilangan Bola.....
7. Mengadakan Temuseru atau Outresch kepada orang ramai....




Permandangan di Gerai Pameran... Kelab PROSTAR Larut Matang



Aktiviti Permainan Dam Haji dan Congkak......


Aktiviti Outresch atau temuseru kepada orang ramai..



Aktiviti Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation

Selain dari Pameran dari kelab PROSTAR Larut Matang terdapat beberapa acara seperti pertandingan mewarna, Pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan kanser Payudara, Pameran dari Jabatan Kerajaan dan sebagainya...

Walaupun program ini diadakan selama 1 hari ianya mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat setempat dan juga dari daerah yang berdekatan...

Saya Ahmad Rasyidi Elias selaku Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang serta AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sukarelawan PROSTAR Larut Matang iaitu Nurdin, Wanie, Nurul, Deeba, Ana, Dayah, cikin, Iza , yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini....serta ahli PROSTAR dari Selama dan juga Felda Ijok, Selama yang sudi datang meramaikan dan menyertai program ini.. tahniah kepada pasukan bola sepak futsal PROSTAR Felda ijok yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir...

Suasana Sepanjang Program Pencegahan Kanser Payudara

Dewan Majlis Perbandaran Kamunting.....6 Februari 2010
Perbagai Aktiviti diadakan sempena program Pencegahan Kanser Payudara anjuran Yayasan Pride...Diantaranya...


Beramah mesra dengan badut kesukaan anda.... yang tinggi dan kecik...

Pameran Jabatan Kerajaan , Ceramah, Pertandingan Mewarna untuk kanak - Kanak, Pemeriksaan Kesihatan dan sebaginya.....

Konvensyen Kelab PROSTAR Peringkat Kebangsaan kali ke 10

Negeri Perak telah diberi kepercayan oleh Kelab PROSTAR Malaysia untuk menganjurkan Konvensyen PROSTAR Peringkat Kebangsaaan Kali Ke 10....
Konvensyen yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini akan diadakan di Bukit Merah Laketown Resort.... pada 26,27 dan 28 March 2010... Konvensyen ini adalah kali pertama yang dikendalikan oleh Kelab PROSTAR terutama Kelab PROSTAR Negeri Perak dan Kelab PROSTAR Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak...Perbagai acara diadakan seperti pertandingan Inovasi, Pertandingan Projek Terbaik, Pertandingan Ahli Kelab Terbaik, Pertandingan Kelab PROSTAR atau PKP terbaik, Pertandingan Penyelaras Terbaik serta Persembahan Terbaik....
Selain itu terdapat juga acara seperti Sukaneka, Explorace PROSTAR, Korikium Pameran dari Kelab PROSTAR Negeri - Negeri dan perbagai lagi...
Remaja dan Ahli kelab dijemput hadir bagi memeriahkan Konvensyen tersebut...

Pertandingan Mencipta Logo Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR Daerah Larut Matang

Berita Terkini hiburan sensasi............
pengumuman.....
Kepada semua Ahli Kelab PROSTAR Daerah Larut Matang.. satu pertandingan mencipta logo Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR akan dijalankan bermula 6 Februari sehingga 1 march 2010... Pertandingan ini terbuka kepada ahli kelab PROSTAR Larut Matang serta remaja di Daerah Larut Matang yang berumur 16 sehingga 25 tahun...
Ahli kelab perlu mencipta satu logo dengan maksudnya sekali pada sekeping kertas lukisan...
Pemenang dan saguhati akan diberikan kepada mereka yang berjaya... Logo yang terpilih akan menjadi logo rasmi Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR... hasil karya anda juga akan dipamerkan di Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR Larut Matang, Tingkat Atas, Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak ( KKIA ) Taiping...
Segala lukisan boleh dihantar kepada En. Meor Abd. Rahman di Pejabat Kesihatan Daerah LMS, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Taiping...
Tuliskan nama , alamat , no.tel serta email di belakang lukisan poster anda nanti...
Segala keterangan lanjut boleh hubungi En. Ahmad Rasyidi di talian 012 5740194 pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang...

Program Kempen Pencegahan Kanser Payudara...

Program ini akan diadakan pada 6 Februari 2010 ( Sabtu )...Program anjuran Pink Riben Fountion ini dengan kerjasama LPPPKN akan diadakan di Dewan MPT Kamunting.
Perbagai aktiviti akan dijalankan seperti Pameran, Ceramah, sukaneka, Pertandingan Mewarna untuk Kanak - Kanak, Street Soccer dan sebagainya...
Aktiviti yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang..
Tuan/puan....Remaja serta ahli Kelab PROSTAR Larut Matang Dijemput hadir bagi memeriahkan Program ini.. Kelab PROSTAR juga akan membuka satu khemah pameran sempena program ini... Datanglah beramai - ramai.. datang jangan tak datang..... Jumpa di sana

Kempen 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation...

Assalamualaikum....

Kepada saudara/saudari serta ahli kelab PROSTAR sekelian... sempena tahun 2010 ini Kelab PROSTAR Larut Matang akan menjalankan Program Kempen 1 Riben 1 Ringgit dan 1 Nation dimana sumbangan anda sebanyak RM 1 ringgit untuk satu riben amat dihargai...

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan.. dimana wang yang terkumpul akan diberikan kepada rumah kebajikan masyarakat, anak - anak yatim serta anak atau ibu yang dijangkiti jangkitan HIV/AIDS.


Apabila anda menyumbangkan RM 1 maka 1 riben akan dilekatkan pada program tersebut... Program yang telah bermula pada Januari sehingga Disember 2010. bagi ahli yang ingin menyumbangkan sempena program ini boleh di buat di Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR Larut Matang di tingkat atas, Klinik kesihatan Ibu Dan Anak ( KKIA ) Taiping, pada hari sabtu atau ahad dari jam 9.00 pagi hingga 4 petang dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi Penyelaras Kelab PROSTAR Larut Matang En. Meor Abdul Rahman no. tel 05 8072027 atau pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang En. Ahmad Rasyidi di talian 0125740194....


Sumbangan anda untuk menjayakan program ini amatlah dihargai....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...