JiwaKU PROSTAR: Jun 2010

FoLLower

Sambutan Hari Kesihatan Peringkat Negeri Perak

Sambutan hari kesihatan peringkat negeri perak akan berlangsung pada 03 Julai ( Sabtu ) 2010 bertempat di Arena Square, Teluk Intan... Kelab PROSTAR Negeri Perak akan menyertai program tersebut... pelbagai acara diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, pameran, permainan danpelbagai lagi acara..
Kelab PROSTAR Larut Matang juga akan menghantar wakil untuk membantu kelab PROSTAR Negeri Perak untuk menjayakan program tersebut.... Kelab PROSTAR Program ini akan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak...

We..are the champion... yea..yea..kami menang

Penyampaian pertandingan PROSTAR Innorace.. 2010 sempena Sambuatan Minggu Tembakau telah disampaikan oleh Dr. Hj. Syed Mud Fuad b. Syed Amran ( Pegawai Kesihatan Daerah LMS ) dan sebanyak 12 hadiah Cabutan bertuah juga telah disampaikan...



Pemenang Pertandingan PROSTAR Innorace.... Tahniah dan syabas diucapkan




Sebahagian dari pemenang hadiah cabutan bertuah... sungguh bertuah

PROSTAR Innorace Uji Minda.....

Dalam Program Innorace PROSTAR ini terdapat acara uji minda kepada peserta.. markah akan diberi kepada pasukan yang berjaya selesaikan masalah... Di samping itu kumpulan harus membuat satu ciptaan mengikut kreativiti kumpulan masing - masing... markah juga akan diberikan kepada kumpulan yang telah mencipta dan dapat menarik perhatian pengadil.



Peserta sedang diuji minda... menyelesaikan masalah yang diberikan...







hasil ciptaan dan kreativiti peserta... cayok...cayok

Program PROSTAR Innorace Memeriahkan Program... Rugi Tidak Join

Sempena Sambutan Hari Tembakau yang telah diadakan di Taman Tasik Kelab PROSTAR Larut Matang sekali lagi mengadakan program Explorace... tetapi kali ini cara pertandingan telah bertukar di mana ianya bukan menjawab soalan sahaj tetapi menguji minda dengan tugasan yang diberi... lagipun peserta

perlu mencari jawapan di sekitar pekan Taiping dengan klu yang diberikan... Sebanyak 15 pasukan telah menyertai program ini... Walaupun sekadar 1.5 km sahaja tetapi amat memenatkan...Semua kumpulan telah berjaya menamatkan pertandingan tersebut...terdapat 3 pasukan yang telah memperolehi keputusan yang tertinggi dalam melaksanakan tugasan dansoalan yang diberikan



Taklimat yang telah disampaikan oleh En. Ahmad Rasyidi b. Elias
Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang








Peserta sedang mencari klu untuk mendapatkan jawapan...cari jangan x cari...

Gerai PROSTAR Memeriahkan Program Minggu Tembakau Peringkat Daerah

Sabtu - 4 Jun 2010
Sempena Program Minggu Tembakau yang disambut di peringkat daerah.. satu program telah dijalankan bertempat di Taman Tasik Taiping... Program yang bermula pada jam 8.30 pagi tersebut telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan... Pelbagai gerai dan acara diadakan.. seperti pertandingan melukis, pameran kereta, pameran kesihatan tentang rokok dan juga larian...

Sempena program tersebut kelab PROSTAR juga telah mengadakan pameran dan juga aktiviti seperti Explorace, Kuiz PROSTAR, Riben Merah, Cabutan Bertuah, Sudut Photografi dan juga permainan seperti congkak dan dam haji.. Tapak pameran Kelab PROSTAR juga mendapat sambutan yang hangat... Ia juga mendapat sambutan dari golongan remaja dan juga dewasa.. Tapak Pameran Kelab PROSTAR juga dilawati oleh Pengarah Kesihatan Daerah... dan pihak kami berbangga atas kunjungan beliau... Ia dapat menaikkan lagi semangat remaja untuk terus maju dan dapat memberi dorongan

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Pegawai Kesihatan Daerah LMS dan juga Pegawai kesihatan daerah - daerah.... Pengarah juga menyertai larian sihat mendaki bukit larut.. Syabas





Suasana di gerai Kelab PROSTAR Larut Matang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...