JiwaKU PROSTAR: Ogos 2010

FoLLower

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TUAN PRESIDEN KELAB PROSTAR MALAYSIA

Kuala Lumpur.... 27 Ogos 2010 Jumaat...

Kesibukkan Kota Metropolitan....Kuala Lumpur telah menjemput kami untuk mengharungi liku - liku kehidupan suasana warga kota yang terbesar di Malaysia dan juga merupakan Ibu Negara Malaysia... Di tengah - tengah kepesatan pembangunan sekeliling terdapat satu bangunan di Jalan Raja Laut yang menjadi serbuan kami... untuk bersama - sama menghadiri satu majlis berbuka puasa..

Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Citrus... seramai lebih kurang 30 orng telah menghadiri majlis tersebut... susah bebenor nak mencari hotel ini... sampai terpaksa beli peta Kuala Lumpur... rupanya kami dah sesak... Majlis berbuka puasa ini diadakan sempena sambutan bulan ramadhan.

Kami bertolak dari taiping dengan menggunakan kenderaan sendiri... pada jam 11 pagi... dan sampai ke Ibu Kota jam 5 Petang... jem... teruk yang amat sangat... nasib baik kami cuma sesat sekali sahaja.. jika tidak berbukalah kami dalam kereta...uuuummmm.. sedih..

Apapun... terima kasih tuan Presiden Kelab PROSTAR Malaysia yang sudi menjemput kami untuk bersama- sama berbuka puasa.. Makan jangan tidak makan... sampai kenyang perut kami... dah lepas makan kami pun bertolak balik... ke Taiping... penat gak sampai pukul 1 pagi... letih sungguh....


Suasana Majlis Berbuka Puasa....

Selamat Manyambut Hari Kemerdekaan Ke 53

Assalamualaikum...
Kepada seluruh rakyat malaysia.... saya berasa bangga menjadi rakyat malaysia.. sedar x sedar sudah 53 tahun kita merdeka... Syabas kepada pejuang - pejuang yang terdahulu yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk membebaskan negara kita yang tercinta dari penjajah..

Wahai... remaja bangkitlah dan pertahankan negara yang kita cintai... jangan kita lalai dengan kealpaan... jangan kita mudah mengalah atau mengadaikan negara tercinta Malaysia kepada orang luar... hayatilah lagu Anak Kecil Main Api...
Remaja dan belia Malaysia... marilah bersatu padu berganding bahu... mengekalkan dan menjaga tanah air malaysia dari dijajah semula... kerana kemerdekaan negara hanya sekali sahaja..
'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 53 TAHUN '
Dari : Ahmad Rasyidi Elias
Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang

Kelab PROSTAR Larut Matang Membantu Rumah Komuniti

Pokok Assam..Taiping, Perak
09 Ogos 2010

Satu sejarah telah tercipta di mana Kelab PROSTAR Larut Matang telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi ahli jawatankuasa penaja penubuhan Rumah Komuniti untuk bekas Penagih Dadah... Dalam membantu penubuhan rumah tersebut.. kelab PROSTAR Larut Matang diberi kepercayaan untuk membantu dari segi program Latihan dan Kepimpinan....

Ringkasan perjumpaan penubuhan Rumah Komuniti ini telah dihadiri oleh Tim.Ketua Pengarah AADK Negeri Perak, Ketua Kampung, Jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Penjara Malaysia ( Parol ), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta NGO.

Tujuan rumah Komuniti yang telah dicadang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) ini membantu bekas penagih yang telah dibebaskan dari pusat serenti dan juga sebagai One Stop Central... untuk penagih dan juga remaja yang terlibat dalam penagihan dadah.. Harapan agar masyarakat dapat menerima penubuhan Rumah Komuniti ini untuk bekas penagih kembali ke pangkal jalan.. dan diterima dalam masyarakat.

Bekas penagih akan diberi pendedahan berbentu kemahiran, ilmu pengetahuan, kepimpinan, semangat dan lain- lain yang diperlukan oleh bekas penagih di Rumah komuniti tersebut


Selamat Berpuasa Kepada Semua Ahli Kelab PROSTAR Larut Matang dan semua Remaja PROSTAR

Assalamualaikum...
Saya selaku pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang bersama semua Ahli Jawatankuasa mewakili Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli kelab dan remaja PROSTAR di seluruh malaysia dan juga sabah dan sarawak..
Harapan agar Bulan Puasa ini remaja dapat mengejar kebaikan... yang penting jauhi perbuatan zina..dan jangan menghisap rokok... ia akan menjejaskan kesihatan... Dalam bulan yang baik ini lakukan amalan yang sihat dan penuhi serta rebut pahala sebanyak yang mungkin... kepada semua ahli kelab PROSTAR larut matang... saya akan cuba menjalankan dan mengadakan aktiviti untuk anda semua.. "SELAMAT BERPUASA"
Dari Remaja, Kepada Remaja, Untuk Remaja,

Kelab PROSTAR Larut Matang Membantu Pameran Kelab PROSTAR Malaysia

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Lokasi : UITM Shah Alam, Selangor
Tarikh : 1 Ogos 2010
Kelab PROSTAR Larut Matang telah diberi kepercayaan untuk mengadakan pameran Kelab PROSTAR Malaysia bersama kelab PROSTAR Machang, Kelantan dan Kelab PROSTAR Kuala Lumpur.... Ketiga - tiga gabungan kelab ini telah mewakili kelab PROSTAR Malaysia ke Majlis Vogue Puteri UMNO Malaysia yang telah diadakan di Padang Kawad Pulapes UITM Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri. Majlis ini dianjurkan oleh Peteri UMNO Malaysia.

Perbagai aktiviti seperti pameran, jualan dan juga persembahan pentas juga telah diadakan... dianggarkan kira - kira 10 ribu wakil Puteri UMNO dari seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak telah terlibat..termasuk pelajar2 dari Universiti terdekat...serta orang awam..

Tapak pameran Kelab PROSTAR Malaysia juga telah dilawati oleh Faizal Ismail.. Dj Hot FM..



Majlis Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Lawatan dari Faizal Ismail..Hot FM

Pameran Kelab PROSTAR Malaysia




Permainan Tradisional.... dam haji dan congkak... pandainya main..



Pengedaran cenderahati.... kepada pengunjung

Persembahan pentas....dan lain2
Aktiviti yang diadakan di tapak pameran kelab PROSTAR Malaysia

Kelab PROSTAR Menceriakan Sambutan Hari Keluarga PAS...

Trong - Taiping ( 31 Julai 2010 )

Ahli jawatankuasa PAS Parlimen Bukit Gantang cawangan Trong telah menjemput Kelab PROSTAR Larut Matang untuk memeriahkan sambutan hari keluarga...bagi tahun 2010. Sepanjang program ini telah dijalankan Pameran PROSTAR, Permainan Tradisional seperti dam haji dan congkak, Cabutan Bertuah. Ahli kelab juga turut menyertai perbagai aktiviti yang telah dianjurkan seperti Pak belalang... bola jaring...musang berjanggut dan sebagainya..
Disamping itu pendaftaran ahli kelab PROSTAR juga telah diadakan.. diucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kelab PROSTAR yang membantu menjayakan program ini... jasamu tetap dikenang... Dari Remaja, Untuk Remaja, Kepada Remaja slogan kami...






Aktiviti yang dijalankan di khemah pameran Kelab PROSTAR Larut Matang



Diantara Aktiviti yang dijalankan sepanjang hari keluarga



Ahli kelab PROSTAR Larut Matang yang terlibat dalam program ini...







Acara Musang Berjanggut


Acara kerusi berirama.... duduk jangan x duduk...

Acara yang disertai oleh ahli kelab PROSTAR Larut Matang


Peserta cabutan bertuah....memang bertuah.. tahniah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...