JiwaKU PROSTAR: September 2010

FoLLower

Program Outreach Sinar Ramadhan PROSTAR Larut Matang

Sabtu...... 04 September 2010

Seramai 33 peserta yang terdiri dari 15 peserta Taiping dan 18 peserta dari Sg.Kerang telah berkumpul diperkarangan Masjid Kg. Sg. Tinggi, Sg. Kerang...Perak. Tahun ini program Sinar Ramadhan berbeza dari tahun sebelumnya... kerana ianya dibuat selama sehari bermula dari jam 09.00 pagi sehingga 08.00 malam..Program yang mendapat kerjasama dari Penghulu Mukim Sg. Kerang dan Ketua - ketua kampung di sekitarnya termasuk ketua kampung Sg. Tinggi.. Walaupun program ini dijalankan selama 1 hari tertapi sangat berharga dan bermakna dimana peserta diberi ceramah mengenai kesihatan, peserta juga mengikuti outreach ke kampung - kampung, majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim ulul sopiah, Latihan dalam kumpulan ( LDK ), Gotong Royong, pemeriksaan kesihatan dan pameran serta ceramah atau tazkirah agama bertajuk kebaikan berpuasa di bulan ramadhan.... Program ini telah dirasmikan oleh r. Hj. Syed Mud Puad b. Hj. Syed Amran, Pegawai Kesihatan Daerah LMS serta di hadiri oleh Ketua - Ketua Kampung Mukim Sg. Kerang, Perak.



Peserta Program Outreach Sinar Ramadhan 2010





Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) kepada peserta program



Program Outreach ke Kampung - Kampung di sekitar Mukin Sg. Kerang, Perak.


Tazkirah agama kepada peserta program




Majlis berbuka Puasa bersama 30 anak yatim




Majlis penutup dan penyampaian saguhati duit raya oleh Pegawai Kesihatan Daerah LMS Dr. Hj. Syed Mud Puad b. Hj. Syed Amran.




Aktiviti Gotong royong membersihkan Masjid Kg. Sg. Tinggi, Sg. Kerang.



Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Sg. Kerang, Perak.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum....

Kepada Ahli - ahli kelab PROSTAR Daerah Larut Matang dan ahli kelab PROSTAR Seluruh Malaysia serta remaja- remaja.... dengan di bawah Duli Sultan - Sultan setelah melihat anak bulan yang comel lotel..dengan ini saya mengumumkan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010 bagi seluruh Malaysia jatuh pada 10 September 2010 bersama hari jumaat ( 1 Syawal )... raya tau jgn x raya.. dan jgn main mercun..dan kepada mereka yang tinggal puasa...lepas raya jgn lupa ganti tau... kesempatan ini saya selaku Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.... saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli serta ajk yang telah bertungkus lumus menjayakan perbagai aktiviti... kepada ahli yang tidak kesampaian atau terlepas pandang... saya dengan rendah diri menyusun 10 jari tanda kemaafan... ini kerana saya adalah manusia biasa dan segala perkara yang dilakukan tidak sempurna 100 %... Oleh yang demikian insyaallah.. saya akan cuba yang terbaik... saya juga harap bantuan dan pertolongan dari anda semua untuk memperkasakan lagi kelab PROSTAR Larut Matang... sekali lagi saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA"... MAAF ZAHIR & BATIN.... kepada semua ahli PROSTAR...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...