JiwaKU PROSTAR: Januari 2011

FoLLower

Tahniah kepada semua Urusetia AGM Kelab PROSTAR Kebangsaan

Tahniah dan syabas...kepada semua tenaga kerja yang sanggup bertungkus lumus serta memerah tenaga untuk menjayakan AGM Kelab PROSTAR Kebangsaan kali ke 11...bertempat di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 21 & 22 Januari yang lalu... jasa anda semua amatlah dihargai..





Hj.Dr. Ismail Lasa Menang Besar.... Tahniah dan Syabas

Hotel Midah Kuala Lumpur
22 Januari 2011 ( Sabtu )
Permilihan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2011 - 2013 telah diadakan tepat jam 10.20 pagi di Dewan Bunga Raya.... Permilihan ini telah di saksikan oleh pegawai SPR ( Suruhanjaya Pilihan Raya ) Kuala Lumpur.... Persaingan sengit telah berlangsung dan kiraan undi juga telah diadakan pada jam 11.30 pagi setelah 1 jam 10 minit diberi peluang kepada pewakilan untuk mengundi....
Bagi percalonan presiden kelab PROSTAR Larut Matang dan Kelab PROSTAR Negeri Perak mengucapkan tahniah dan syabas atas kemenangan besar Hj. Dr. Ismail Lasa untuk menerajui kepimpinan tertinggi Kelab PROSTAR Malaysia buat penggal ke 2... Harapan agar kepimpinan kali ini dapat mencapai kegemilangan dan memperkenalkan PROSTAR World di seluruh dunia... kepada percalonan yang menang diucapkan tahniah dan bagi yang tewas cuba pada tahun akan datang...

Semasa membuang undi.... rahsia tetap rahsia..

Saat - saat akhir sebelum pembubaran.... AJK sesi 2009 - 2011... sedihnya



Gelagat tuan Presiden sebelum pemilihan dan Mesyuarat Agung

Perwakilan Mesyuarat Agung Kelab PROSTAR Kebangsaan Kali Ke 11

Kuala Lumpur, Malaysia....

21 & 22 Januari 2011 - Perwakilan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah bersama - sama berhimpun di sebuah hotel di bandaraya Kuala Lumpur, bertempat di Hotel Midah Jalan Kg. Attap, Kuala Lumpur, telah berlangsung Mesyuarat Agung Permilihan Kelab PROSTAR Kebangsaan. Seramai 5 orang perwakilan telah dipilih untuk mewakili Kelab PROSTAR Negeri Perak mereka terdiri dari En. Ahmad Rasyidi dan En. Mohd Irwan dari daerah Larut Matang, Pn. Yuzaira dari daerah Hilir Perak, En. Khairul Azman dari daerah Kuala Kangsar dan Cik Siti Sarah dari daerah Kerian. Selama 2 hari 1 malam banyak perkara telah diperbincangkan....



Masa pengundian percalonan... sapa yang kena...



Perwakilan dari Negeri Perak Darul Ridzuan ke Mesyuarat Agung Kelab PROSTAR Kali ke 11

Aktiviti PROSTAR Larut Matang... diterbit dalam Buletin PKLMS

Buletin..... PKLMS 2010

Kelab PROSTAR Larut Matang amat berbangga dan berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Larut
Matang yang sudi menyiarkan segala aktiviti Kelab PROSTAR bagi tahun 2010 ke dalam Buletin PKLMS Julai -
November 2010....
Kelab PROSTAR Larut Matang juga mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Pegawai Kesihatan Daerah Dr. Hj. Syed Mud Puad b. Syed Amran yang sudi membantu kelab PROSTAR Larut Matang untuk menjalankan se
gala aktiviti 2010... harapan kami agar Dr. Hj. Syed Mud Puad dapat membantu kami untuk menjayakan aktiviti bagi tahun 2011


Sebahagian Aktiviti Kelab PROSTAR Larut Matang di Keratan Buletin Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...