JiwaKU PROSTAR: Julai 2011

FoLLower

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan....


Alhamdulilah.... setahun lagi kita merdeka... tahniah dan jutaan terima kasih kepada pejuang terdahulu yang memberi kesenangan kita dalam kehidupan aman dan damai...ingatlah janganlah ada remaja yang tidak bersyukur, jangan memperondak perandakan negara, jangan menjadi pengkhianat negara dan pertualang negara.... kepada remaja yang bakal mempimpin negara pada masa hadapan... ingat jangan jual maruah negara... kerana tanah sekangkang kera tanah tergadai.. kepada remaja yang suka berlumba haram, melepak x tentu arah, melakukan kerja - kerja yang tidak berfaedah. kembalilah tiada gunanya berbuat perkara yang tidak mendatangkan faedah.. Ingatan saya kepada remaja PROSTAR... anda semua permata negara yang paling bernilai.... Saya berbangga menjadi rakyat malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.... Merdeka ! Merdeka ! Merdeka...

Program Berjiwa Mulia Seikhlas Hati....2011

Taiping, Perak...
Alhamdulilah... puasa kembali lagi... tambah satu tahun lagi... dalam bulan yang mulia ini kelab PROSTAR Larut Matang akan mengadakan Program Berjiwa Mulia Seikhlas Hati. Program selama sebulan ini bertujuan untuk Ahli Kelab PROSTAR Larut Matang atau orang ramai yang ingin menyumbangkan atau bersedekah untuk membantu anak - anak yatim yang terdapat di Daerah Larut Matang dan Selama...




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak... Selamat Berpuasa


Assalamualaikum....
Alhamdulilah..Bulan puasa kembali lagi...Di bulan yang mulia ini ( Bulan Ramadhan Al-Mubarak ), saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama kepada ahli Kelab PROSTAR Larut Matang serta tidak lupa kepada remaja PROSTAR di seluruh Malaysia... Di bulan mulia ini kita harus merebut segala kebaikan, rugi kepada sesiapa yang tidak merebut peluang ini... tambahkan amal kebaikan... Saya berharap remaja PROSTAR dapat menunaikan rukun puasa ini dengan hati yang tabah , bersabar dan cekal.. ingat puasa jangan tidak puasa...
Sekian, terima kasih
Waalaikummussalam..

Mari Bersama Meraikan Jamuan Sambutan Hari Raya... 2011

Taiping, Perak
Assalamualaikum... kepada semua ahli kelab PROSTAR Larut Matang dan Remaja LMS... dengan ini saya selaku pengerusi ingin menistiharkan bahawa pada 10 September 2011 ( sabtu ) jam 9.00 pagi kita akan mengadakan sambutan hari raya bagi tahun 2011... Majlis tersebut akan diadakan KKIA ( Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak ) Taiping.....
Dengan ini saya memohon kepada ahli kelab dapat bersama - sama membantu memberi kuih muih setiap ahli dan kita akan kumpulkan serta makan bersama - sama.. Makanan yang dikumpulkan akan di ambil pada 9 september 2011 ( jumaat ).Dianggarkan 150 ke 200 orang akan mengahadiri majlis tersebut.... Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bahan mentah atau apa sahaja bentuk makanan boleh disumbangkan...untuk keterangan lanjut boleh hubungi En. Ahmad Rasyidi Elias Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang ( 012- 5740194 ), En. Mohd Irwan Nerzami ( 014-349903 ) atau PPKP En. Meor Abd. Rahman ( 05 - 8072027 ) Pejabat Kesihatan Daerah LMS...
Mohon kerjasama dari ahli dapat menjayakan majlis ini dengan jayanya..
Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Kesihatan Daerah LMS...
Moga majlis ini dapat dijalankan dengan lancar... Sekian terima kasih

Aktiviti Kelab PROSTAR Larut Matang Masuk Paper Lagi... Caaayoookk

Taiping.... perak
Aktiviti kelab PROSTAR Larut Matang masuk paper... yea ke mcm x caya... cecite.. cecciteee.... tgk kan ada kan... dalam sinar harian... cayalah. mcm tu lah nak naikkan nama "PROSTAR WORLD"... baru canggih... tahniah dan terima kasih sinar... sudi kembangkan aktiviti kelab PROSTAR Larut Matang....thank you kepada guru tabika perpaduan Lake View yang membenarkan kami membuat mural di tabika tersebut tanpa guru tersebut program ini tidak akan berjaya..terima kasih diucapkan juge kepada ahli kelab PROSTAR Larut Matang yang sudi menjadi sukarela dan menjayakan program ini... Tahniah

Kerja Amal Ahli Kelab PROSTAR LMS.... Syabas

Taiping, Perak

Bertempat di sebuah Tabika Perpaduan Taman Lake View, Taiping berlangsung satu program amal yang telah dijalankan oleh sukarelawan ahli kelab PROSTAR Larut Matang... Program yang dijalankan selama satu hari... adalah membantu agensi lain dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.. melalui aktiviti sebegini.... tujuan kelab PROSTAR tidak semestinya dalam bidang kesihatan, kursus, bengkel atau pun aktiviti lain sedangkan program sebergini juga dititikberatkan.. Seramai 13 ahli kelab PROSTAR telah terlibat bagi menjayakan aktiviti amal ini...tahniah dan jasamu tetap dikenang sampai di akhir hayat, terima kasih juga kepada guru tabika perpaduan yang memberi kepercayaan dan aktiviti kepada ahli kelab... semoga jalinan ini dapat dijalinkan .





Kerja melukis mural sedang dibuat oleh ahli kelab PROSTAR LMS
Kerja mengecat mural Tabika Perpaduan Lake View, Taiping... oleh Ahli Kelab PROSTAR LMS..

Kerja Amal Ahli Kelab PROSTAR LMS.... Syabas




Kerja mengecat mural sedang dijalankan.... rajin dan tekun nya.
Tabika Perpaduan yang telah siap dihias.... cantik x..

PROSTAR Larut Matang masuk Sinar.... Caayoookkk

Yahoooo.... Caayokkk.. Cayookkk... Kelab PROSTAR Larut Matang masuk petikan surat khabar Sinar... PROSTAR tetap unggul... biar remaja diluar tahu keunggulan PROSTAR yang penting satu Dunia.... Teruskan Usaha Murni ini Kelab PROSTAR Larut Matang..

Keratan Akhbar Sinar 1 Julai 2011 ( Jumaat )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...