JiwaKU PROSTAR: April 2010

FoLLower

Pertandingan Mencari harta Karun..

Assalamualaikum...
kepada semua ahli kelab PROSTAR Larut Matang.... sesiapa yang berpengetahuan dalam Inovasi, ciptaan, kreativiti dan berpengetahuan dalam sains dan teknologi inovasi dijemput untuk menyertai pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh NPC bermula di padang Ipoh dan berakhir di dewan bandaraya Ipoh... sejauh 5 Km... Setiap kumpulan perlu ada 5 orang termasuk 1 wanita...
Pertandingan tersebut diadakan pada 8 Mei 2010 ( Sabtu )....... ahli yang berminat boleh menberi nama kepada Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang En. Ahmad Rasyidi b. Elias sebelum 27 April 2010 ( selasa ) atau untuk keterangan lanjut sila hubungi 012-5740194... lepas waktu pejabat..
Sekian terima kasih..

Logo Kelab PROSTAR Larut Matang

Assalamualaikum...

Mulai saat ini segala surat menyurat akan menggunakan logo baru yang asal logo adalah Kelab PROSTAR Malaysia.. hanya perkataan Larut Matang sahaja yang diletak dan logo lain yang terdapat pada latarbelakang adalah logo kelab PROSTAR Malaysia yang perlu ada pada setiap logo kelab PROSTAR setiap daerah....

Tahniah atas ciptaan logo yang menunjukkan kelab PROSTAR maju dan terus maju mengikut zaman.... Syabas

Riben Sumbangan Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin b. Dato Hj. Ahmad Mahir

Riben Sumbangan Oleh
Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin b. Dato Hj. Ahmad Mahir
( Pengarah Kesihatan Negeri Perak )

Semasa melawat Pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak yang diwakili oleh Kelab PROSTAR Larut Matang... di Konvensyen Kelab PROSTAR Peringkat Kebangsaan pada 26 - 28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Bukit Merah Laketown Resort..
Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin b. Dato Hj. Ahmad Mahir, Pengarah Kesihatan Negeri Perak telah memberi sumbangan untuk Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation.. Sumbangan yang sunguh bernilai ini akan membantu mereka yang memerlukan...
Atas sumbangan beliau, satu tempat khas telah dibuat untuk memberi penghargaan atas sumbangan beliau... diharapkan Dato' dapat membantu kami untuk menjalankan kerja amal dan sukarela bagi membantu mereka yang dalam kesusahan terutama jangkitan HIV / AIDS..

Riben Sumbangan Y.B Datuk Rosnah Shirlin Bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin

Riben Sumbangan Y.B Datuk Rosnah Shirlin bt. Hj. Abdul rashid Shirlin

Sempena Konvensyen Kelab PROSTAR Kebangsaan yang telah diadakan pada 26 - 28 Mac 2010 yang lalu... di Bukit Merah Laketown Resort...

Semasa lawatan dari Y.B Datuk Rosnah Shirlin bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia semasa mengadakan lawatan ke tapak pameran di Dewan Kalui.. Semasa berada di Pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak yang diwakili oleh Kelab PROSTAR Larut Matang, setelah diberi penerangan mengenai Projek Inovasi iaitu Muffin PROSTAR... Y.B Datuk telah memberi sumbangan untuk menjayakan Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation yang telah dijalankan...

Diatas penghargaan dan sumbangan Y.B Datuk menjayakan program ini... Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang En. Ahmad Rasyidi b. Elias telah membuat satu tempat khas untuk riben yang telah disumbangkan oleh Y.B. Datuk..Jutaan ribuan terima kasih atas sumbangan datuk yang tidak terhingga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...