JiwaKU PROSTAR: Oktober 2011

FoLLower

Penyebaran maklumat terkini kepada orang ramai..Cayoookk

Wisma Persekutuan Taiping, Perak
Unit Pendidikan Kesihatan ( UPK )Pejabat Kesihatan Daerah LMS telah maju kehadapan dalam segi penyampaian maklumat kesihatan kepada orang awam. Gambar yang dipamerkan, tanpa anda sangka ia dapat mempengaruhi minda separah sedar anda, telah memberi impak besar dan berkesan kepada orang awam yang mengunjungi Wisma Persekutaun Taiping.Selain itu ia menyalurkan maklumat Gaya Hidup Sihat mereka yang melihatnya dan Kelab PROSTAR sebahagian dari agen penyampaian maklumat tersebut terutama remaja yang menyertai apa jua aktiviti PROSTAR. Walaupun ia hanya dipamerkan tingkat bawah sehingga tingkat 3 sahaja yang diletakkan tetapi yang paling penting logo PROSTAR serta blog PROSTAR Larut Matang telah dipamerkan sekali...(Perhatikan betul - betul) tahniah diucapkan kepada unit UPK dan Pejabat Kesihatan yang menperjuangkan dan menpekenalkan Kelab PROSTAR yang merupakan sebuah kelab khidmat kepada semua.. khususnya kepada orang ramai..

Poster di Pintu Lif tingkat bawah
Poster di Pintu Lif tingkat 1
Poster di Pintu Lif tingkat 2
Poster di Pintu Lif tingkat 3

Jangan Mulakannya.... Fikirlah masa hadapan

Makluman
Arak adalah sejenis minuman keras yang diperbuat dari anggur atau bahan yang telah diperam lama... terdapat pelbagai arak di malaysia.. arak adalah minuman yang boleh membuat kan seseorang itu mabuk... Seseorang yang telah menjadi ketagihan arak boleh mendapat penyakit seperti Kerosakkan hati, kerosakkan buah pinggang, ketidakwarasan permikiran, kereputan gigi kanser prostat, dan pelbagai penyakit lagi.. Arak juga boleh menghayalkan seseorang, Remaja yang meminum arak adalah lebih berisiko tinggi untuk terjebak dengan pelbagai masalah tidak kira masalah keluarga, serta diri sendiri... Kerosakkan akhlak remaja kini bermula dari arak... oleh yang demikian hindari dari meminum arak..



Sedutan membawa maut......Jangan mulakan jika sayangkan nyawa


MAKLUMAT PENTING........

sebatang rokok mempunyai 4000 bahan kimia yang terdapat di dalamnya... Rokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser paru - paru, kanser mulut, kanser ulser, barah, batuk yang berpanjangan, kereputan gigi, dan lain - lain lagi penyakit sampingan.. yang penting sekali boleh membawa maut. Asap yang dikeluarkan oleh perokok juga mempunyai sisa kimia seperti karbon monoksida , karbon dan sebagainya... Bagi seorang wanita atau perempuan yang merokok boleh mengakibatkan kandungan cacat, rahim rosak serta ketidaksuburan telur ovari.. bagi lelaki boleh mati pucuk, kerosakkan sperma dan sebagainya.. jika anda mahu mati dalam diam hisaplah rokok.. ingat rokok boleh membawa maut...

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan PMR

Assalamualaikum....
Kesempatan ini... kepada ahli kelab PROSTAR Larut Matang dan semua ahli Kelab PROSTAR Malaysia yang akan menghadapi ujian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) saya ucapkan semoga tabah menghadapi ujian tersebut dan saya doakan semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dalam PMR nanti.. Study Smart not Study hard.... harap Ahli kelab serta adik - adik telah bersedia... cayyoookkkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...