
Sesiapa yang takut menghadapi
persoalan,
dia sebenarnya takut menghadapi
kemajuan.
(Bung Karno)
Beberapa persoalan tercetus apabila grup Jiwaku Prostar (JP) melawat beberapa buah rumah prostarian. Soalan-soalan tersebut dikemukan oleh Ibu Bapa,
Penjaga prostarian (P). Apabila
dikumpulkan semua soalan yang ditanya, inilah diantara persoalannya.
P: Apa faedah selepas mendaftar dalam Jiwaku Prostar?
JP: Mendapat ramai kenalan, dapat
mengikuti aktiviti-aktiviti menarik, bermaklumat. Anda dapat mengalami
perkara-perkara tersebut setelah anda menjadi sebahagian dari kami.

P: Adakah ia sama dengan kem-kem lain yang dianjurkan diperingkat
sekolah. Contoh seperti pengakap, unit beruniform?
JP: Tidak, kerana kem atau kursus
yang dianjurkan oleh prostar hanya fokus kepada program sihat untuk remaja.
JP: Kami mendapat sokongan dari
Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya bagi daerah Larut Matang dan Selama
ini, dibawah selia Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama.
P: Apa yang membuatkan prostar kekal aktif sehingga sekarang.
JP: Setiap tahun ahli kelab
diberikan kursus Pembimbing rakan sebaya bagi memastikan kesinambungan keahlian. Kursus yang diadakan melalui Sekolah, Kolej, dan pelbagai institusi lain.
JP: Ya, dari dahulu sehingga
sekarang, buktinya anda dapat melihat sekarang Jiwaku Prostar sudah ada
facebook Kelab Prostar Taiping.
P: Bagaimana pemilihan peserta untuk aktiviti prostar?
JP: Peserta terbahagi kepada dua kategori
iaitu Remaja Sekolah dan Remaja Lepasan Sekolah. Kami memilih mereka yang aktif
sahaja.