JiwaKU PROSTAR: Disember 2010

FoLLower

PROSTAR Larut Matang Di Puncak Bukit Larut..... Sejuknya...

Pada heningan pagi 25 Disember 2010.... sabtu
Sekumpulan remaja yang terdiri dari Kelab PROSTAR Larut Matang telah mengadakan aktiviti di Puncak Bukit Larut Taiping....aktiviti yang bermula dari jam 9 pagi sehingga 1 petang amat menyeronokkan... walaupun hanya cuma 2 ke 3 jam sahaja.... sejuk dan kabus telah menyambut ketibaan kami di lokasi tersebut...
Pelbagai aktiviti telah dijalankan... sedar tidak sedar masa dah habis.... nanti tertinggal jip... Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan dan kehadiran ahli kelab yang telah menjayakan program ini walaupun hanya seketika..








Program Tanggatone.... Pejabat Kesihatan Daerah LMS

23 Disember 2010 ( Khamis )

Kelab PROSTAR Larut Matang telah diberi kepercayaan untuk bersama - sama membantu menjayakan Program Tanggatone yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah LMS... Program tahunan ini telah di adakan di Wisma Persekutuan Taiping bermula jam 2.00 petang.. Seramai 10 ahli Kelab PROSTAR Larut Matang telah menjadi urusetia program tersebut..
Program ini juga terbuka untuk kakitangan dari jabatan lain di Wisma Persekutuan Taiping Sahaja.. Sebanyak 3 kategori telah dijalankan...
Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Zambri ( pegawai kesihatan Non-CDC Negeri Perak ) . Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih dan berbangga atas pertolongan serta sumbangan ahli kelab menjayakan program ini....













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...