JiwaKU PROSTAR: Mac 2010

FoLLower

Acara di Pertandingkan Di Konvensyen Kelab PROSTAR Kebangsaan Kali ke 10

Sepanjang 3 hari 2 malam bermula pada 26 - 28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort, pelbagai acara, aktiviti dan pertandingan telah diadakan... Setiap pertandingan yang dipertandingkan telah diwakili oleh setiap negeri.... Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan serta menguji minda ahli kelab PROSTAR.

Diantara pertandingan yang diadakan adalah seperti

Pertandingan Pantun PROSTARIAN


Pertandingan Pameran Kelab PROSTAR Negeri - Negeri
Sukaneka
Senamrobik
Anugerah Bintang Ahli PROSTAR Terbaik
Anugerah Bintang Penyelaras Kelab PROSTAR Terbaik
Anugerah Kelab PROSTAR Terbaik
Anugerah Inovasi Terbaik
Pertandingan Aktiviti Dan Pencapaian Pusat Khidmat PROSTAR Terbaik ( PKP )
Pertandingan Projek Outreach Terbaik
Persembahan Kebudayaan

Timbalan Menteri Kesihatan Melawat Pameran PROSTAR Negeri Perak

28 Mac 2010 - Ahad
Bukit Merah Lake Town Resort

Selepas Perasmian Penutup Konvensyen Kelab PROSTAR Kebangsaan Kali Ke 10, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Y.B Datuk Rosnah Shirlin Bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin diiringi oleh Tuan Hj. Abdul Jabar b. Ahmad Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin B. Dato Hj. Ahmad Mahir Pengarah Kesihatan Negeri Perak bersama VVIP serta para jemputan telah meluangkan masa untuk melawat pameran Kelab PROSTAR Negeri - negeri yang telah diadakan di Dewan Kalui.

Semasa beliau berada di tapak pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak yang diwakili oleh Kelab PROSTAR Larut Matang, Beliau disambut oleh beberapa ahli sukarelawan Kelab PROSTAR Larut Matang...

Lawatan beliau telah diterangkan oleh Cik Nalini a/p Siniah wakil dari Kelab PROSTAR Larut Matang.,.. Semasa lawatan beliau, Datuk Rosnah telah menyumbangkan sumbangan peribadi untuk 1 riben.. dan Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beliuan dimana sumbangan itu sedikit sebanya dapat membantu kelab menjayakan Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation bertujuan untuk membantu gelongan yang dijangkiti HIV / AIDS... Beliau juga sudi menandatangani Buku Lawatan... Kelab PROSTAR Larut Matang Bersama Kelab PROSTAR Negeri Perak mengucapkan Ribuan terima kasih diatas kesudian Datuk meluangkan masa melawat tapak pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak.







Kelab PROSTAR Larut Matang Mewakili Perak Dalam Pameran

Kelab PROSTAR Larut Matang telah diberi kepercayaan untuk mewakili kelab PROSTAR Negeri Perak dalam pameran yang telah diadakan di Dewan Kalui... Bukit Merah Lake Town...Penghargaan yang sungguh bermakna ini telah menaikan nama kelab PROSTAR Larut Matang terutama ke peringkat kebangsaan... syabas dan tahniah diucapkan kepada sukarelawan kelab PROSTAR Larut Matang yang turut membantu dalam membuat persiapan yang begitu memberangsangkan bagi menjayakan pameran ini...

Wau begitu cantik gerai pameran kelab PROSTAR Negeri Perak


Tungkus lumus persiapan...oleh ahli kelab PROSTAR Larut Matang

Sehari sebelum konvensyen PROSTAR kebangsaan kali ke 10 diadakan iaitu pada 25 Mac 2010 pihak urusetia telah memerah penuh keringat untuk membut segala persiapan... termasuklah beberapa ahli Kelab PROSTAR Larut Matang...

Tanpa mengira waktu makan... sampai petang baru makan dan juda dengan barang yang begitu banyak untuk disiapkan... mereka tempoh dengan seribu dugaan dan mereka banyak belajar macamana nak jadi urusetia.... memeng memenatkan...
apapun saya ucapkan ribuan terima kasih pada ahli kelab yang sudi menolong dan membantu pihak urusetia yang telah longlai...






AJK Negeri Turun ke Tapak Konvensyen....

Semakin hari semakin menghitung hari... dan semakin hampir dengannya... AJK Kelab PROSTAR Negeri Perak telah turun ke padang untuk melihat tempat arena Konvensyen PROSTAR Keli ke 10 yang akan diadakan pada 26 - 28 Mac 2010 bertempat di Bukit Merah lake Town Resort... Kepada Deligasi dari Seluruh Malaysia dan negeri Perak di ucapkan selamat datang... beberapa tempat telah dilawati seperti tempat penginapan, bilik peserta, makan minum, dewan besar, tapak pameran dan sebagainya...

Konvensyen ini merupakan kali pertama yang dikendalikan sendiri oleh AJK Negeri Perak.. cayok.. cayok... kepada AJK yang hadir diucapkan ribuan terima kasih..





Taniah Atas Kecemerlangan Keputusan SPM


Tahniah.. tahniah dan syabas kepada ahli kelab yang te;ah berjaya di dalam peperiksaan SPM 2009 yang lain.... Saya selaku Pengerusi Kela PROSTAR Larut Matang mengucapkan sekali lagi tahniah dan syabas kepada ahli kelab dan remaja yang memperolehi keputusan yang cemerlang... Bagi saya anda semua telah berjaya... dan memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan....
Saya berharap agar remaja dan ahli kelab dapat mengharungi dan berjaya melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi... Harapan saya semoga anda semua berjaya dalam pelajaran dan kehidupan...
Tahniah sekali lagi....

Perjumpaan Ahli Kelab

Assalamualaikum..
Kepada semua ahli kelab PROSTAR Daerah Larut Matang yang mempunyai masa yang terluang pada 14 Mac 2010 ( Ahad ) satu perjumpaan akan diadakan pada jam 09.00 pagi bertempat di Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR Larut Matang di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak...

Diharapkan kehadiran sandara dan saudari dapat membantu kelab untuk menjalankan aktiviti kelab PROSTAR Larut Matang.

Sekian, Terima Kasih

AHMAD RASYIDI B. ELIAS
Pengerusi kelab PROSTAR Larut Matang

Tuan Presiden Turun Ke Tapak Konvensyen

Wau.. tidak sangka tuan presiden turun padang untuk melihat tapak konvensyen... tahniah dan terima kasih sudi turun terutama di daerah Larut matang dan juga Kerian iaitu di tapak Konvensyen yang akan diadakan pada 26 - 28 mac 2010 bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort... Sokongan dari tuan presiden amat dihargai... Ini adalah Konvensyen yang pertama dikendalikan sendiri oleh Kelab PROSTAR terutama Kelab PROSTAR Negeri Perak...


Aktiviti Yang Terdapat Di Pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak

Antara aktiviti yang terdapat di ruang pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak....
Kejor yob kejor...Oooppp silap PROSTAR Yob PROSTAR

Keadaan tempat pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak....


Program 1ribbon, 1 RM , 1 nation.... lekat dik lekat sambil menderma... Trima Kasih atas sumbangan adik2 dan tuan puan

Permainan Congkak.... hai cik kak tau ke main tu... kalah kot..

Permainan Dam Haji.... hai.. fokus cik abg... ttn nak makan besar

Prostar Larut Matang Wakil Perak.... Cayalah....

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Kelab PROSTAR Negeri Perak yang telah memberikan kepercayaan kepada Kelab PROSTAR Larut Matang untuk mewakili Negeri Perak ke program GEMA PROSTARIAN Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 18 - 20 Januari 2010 yang lalu.
Penghargaan yang penuh bermakna ini telah menaikkan nama Kelab PROSTAR Negeri Perak dimana ruang pameran telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dari pengunjung serta peserta dan juga ahli PROSTAR yang lain...
Melalui konsep " Remaja Sihat Kesejahteraan Keluarga " yang dislogankan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang telah menarik minat perbagai kaum dan juga orang awam.... untuk menyertai dan mencuba aktiviti yang telah dijalankan...
Antara aktiviti adalah permainan tradisional seperti congkak dan dam haji serta aktiviti sumbangan seperti pameran, 1 ribbon,1RM,1 nation serta jualan...
Kepada deligasi Kelab PROSTAR Larut Matang diucapkan ribuan terima kasih diatas kesungguhan dan pengorbanan anda dalam menaikkan nama PROSTAR negeri Perak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...