JiwaKU PROSTAR: Pendaftaran

FoLLower

Pendaftaran

KEAHLIAN


(1) Keahlian PROSTAR terbahagi kepada empat kategori
 
(a) Ahli Biasa: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Ahli biasa berhak mengundi dan memegang jawatan dalam KELAB PROSTAR.
(b) Ahli Muda: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 tahun hingga 17 tahun dengan syarat pemohon dapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah dan Pengetua Sekolah terlebih dahulu. Ahli muda tidak berhak mengundi dan memegang jawatan. Ahli muda secara automatik menjadi ahli biasa setelah mencapai umur 18 tahun
(c) Ahli Kehormat: Ahli kehormat adalah secara lantikan oleh Jawatankuasa yang tidak berhak mengundi dan memegang jawatan.
(d) Ahli Seumur Hidup: Ahli seumur hidup terbuka kepada Ahli Biasa yang berhak mengundi dan memegang jawatan dalam KELAB PROSTAR.
(2) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah. Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi KELAB PROSTAR.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah dilulus seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli KELAB PROSTAR dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti boleh diterima menjadi ahli KELAB PROSTAR setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada pentadbir Universiti atau Kolej yang berkenaan

BAYARAN KEMASUKAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran kemasukan dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
Keahlian Yuran Masuk Yuran Tahunan
Ahli Biasa RM 5.00 RM 5.00
Ahli Muda RM 5.00 Tiada
Ahli Seumur Hidup RM 50.00 Tiada
Ahli Kehormat Tiada Tiada
(2) Yuran masuk hendaklah dibayar kepada Bendahari di peringkat Jawatankuasa Negeri/Daerah semasa penyerahan borang keahlian. Sekiranya permohonan keahlian ditolak, yuran masuk akan dikembalikan.

(3) Yuran Tahunan hendaklah dibayar kepada bendahari KELAB PROSTAR. Yuran ini hendaklah dibayar terlebih dahulu tidak lewat dari 31 Januari tiap-tiap tahun.

(4) Ahli yang membiarkan hutang yuran tahunannya lebih daripada tiga(3) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

(5) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada enam(6) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli KELAB PROSTAR dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil keatasnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(2) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

BORANG PENDAFTARAN


sila hantar ke Alamat:


Pegawai Kesihatan Daerah,
Larut Matang & Selama,
Tingkat 2, Wisma Persekutuan Taiping, 
34000 Taiping, 
Perak Darul Ridzuan
(up: Penyelaras PROSTAR Daerah)

No. Tel: +605 - 807 2027         No. Faks: +605 - 806 4049






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...