Ditujukan KHAS untuk Inspirasi kepada ahli kelab PROSTAR LMS
6 hari/ 4mlm- Beijing PROSTAR Tour
23/6/2010 hingga 28/6/2010-Itu lah tarikh keramat Jiwaku PROSTAR mengibarkan bendera PROSTAR LMS di segenap tempat di Beijing China. Pelbagai ragam pelbagai perkara yang ditempuhi dengan perasaan gembira, menakjubkan, bersemangat, teruja dan perkataan lain yang senonim dgn maksud
enjoy
Jiwaku PROSTAR menceritakan serba sedikit pengalaman semasa di sana. Untuk makluman, perkara yang diceritakan ini bukannya bermaksud untuk meninggi diri cuma sekadar sumber inspirasi kepada ahli kelab prostar supaya berfikaran lebih "WORLD".
Terlalu banyak tempat yang dilalui Jiwaku PROSTAR (JP). Diantara tempat-tempat yang dilalui adalah Summer Palace, Nandouya Mosque, Acrobatic Show, Tiananmen Square, Forbidden City, Tea House, Niujie Mosque, Muslim Supermarket, GREAT WALL OF CHINA, Hard Rock Cafe, Olympic Stadium-Bird Nest & Water Cube: Olympic...banyak lagi untuk di masukkan dalam blog nie. Setiap satu tempat-tempat berikut mempunyai kisahnya tersendiri. Sila ikuti kisah selanjutnya
PROSTARian sekalian,
JP telah memasuk kan YOUTUBE video semasa di sana iaitu diberi nama
Inspirational PROSTAR. JP sampai sahaja airport china, JP terus dibawa oleh pemandu pelancong yang dilantik khas oleh kerajaan China untuk membawa kami bersiar-siar sekitar beijing. Hari pertama JP bermula di Summer Palace, iaitu kisahnya tempat ini dimiliki oleh seorang maharani raja yang bijak sehinggakan diberi jolokan nama Dragon Lady. Selepas itu, JP melawat masjid Nandouya, yang bereka bentuk dalamnya begitu lain sekali dibandingkan dengan masjid di Malaysia. Yeala lain padang lain la belalang, JP check in hotel Long Ding Hua iaitu Hotel 4 bintang Beijing.
Keesokan harinya, JP berjalan lebih kurang 2 jam, fuh memang letih masa nie. Mana tidaknya, berjalan dari sebuah bangunan ke sebuah bangunan yang lain punya la jauh, besar pula tue. Tempat yang dilawati JP adalah Tiananmen Square dan Forbiden City. Di sini lah JP mula mengibarkan bendera prostar bersama rakan-rakan yang turut sama membantu mengibarkannya. Pada waktu mulanya rasa segan gak, tapi perasaan itu mula hilang dengan matlamat JP pergi ke China adalah untuk PROSTAR. Bagaikan hendak tidur disuakan bantal, rakan-rakan yang lain berebut hendak mengambil gambar dan video semasa JP memegang bendera. Memang menakjubkan susana semasa di sana. Pada malamnya pula JP melihat sebuah teater akrobatik dari remaja china yang betul-betul berdedikasi dalam persembahan mereka.
Begitu banyak perkara untuk dikisahkan, diantaranya pengalaman mengibarkan bendera PROSTAR di THE GREAT WALL OF CHINA adalah perkara yang paling membuatkan JP dan rakan-rakan teruja. Kita Kelab PROSTAR berjaya sampai di sana, dianggarkan 8860 km panjangnya tembok besar itu. Pada mereka yang sampai disana, akan dianugerah Kad Hero kerana berjaya mendaki sampai ke post tembok teratas. Hanya 3 orang rakan JP berjaya sampai keatas. Wah, inilah kesungguhan yang kita cari di kalangan prostarian, iaitu kesungguhan dalam mencapai sesuatu.
Makan minum disana JP tidak risau kerana semua makanan yang disediakan adalah untuk muslim. Cuma tue la, JP dapat merasa masakan muslim dari pelbagai restoran yang ada. Malangnya setiap restoran itu, mesti tidak lari dari menyediakan menu telur goreng. Sampai jemu JP rasa. Walaubagaimanapun ada lagi menu-menu lain. Untuk selingan JP berjumpa dengan Pelajar Malaysia disana yang ambil kursus bahasa mandarin, salah seorang pelajar tue tahu tentang PROSTAR. Bangga sungguh JP masa tue hanya Allah sahaja yang tahu.
Semasa JP melawat Stadium Sarang Burung Beijing, JP sempat berbual dengan pelancong dari Korea, mereka cukup tertarik dengan bendera yang JP bawa. Mereka bertanya apakah maksud PROSTAR, JP mengatakan maksudnya Youth Health Programmes atau Program Sihat Untuk Remaja. Selain itu, JP berjumpa dengan orang tempatan. Dialognya begini
Orang China Beijing : my friend told me Malaysian people is TAMAK !
JP: What do u mean by TAMAK?
pastue die tidak jawab dah...sehingga sekarang, JP masih lagi tertanya2 apa yg dimaksudkan dengan tamak tue.
Sila renung-renungkan apakah yang dimaksudkan dengan Tamak itu, adakah orang kita nie, tamak harta, tamak pulun seorang diri tidak kira pangkat, barang, duit, makanan, kebajikan, kerja dan sebagainya. Tepuk dada tanya diri. Sebelum JP mengakhiri tulisan, JP mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan samada secara langsung atau tidak langsung yang menjayakan trip JP ke Beijing, China. Budi anda JP hargai sampai bila-bila. Salam Satu PROSTAR