JiwaKU PROSTAR: Oktober 2010

FoLLower

Menempuh Cabaran Perkhemahan Inspirasi Perdana Kelab PROSTAR Larut Matang 2010

Taiping, Perak
Bertempat di kaki bukit larut tapak perkhemahan Jabatan Hutan Daerah LMS.. telah berlangsung perkhemahan anjuran Kelab PROSTAR Larut Matang yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 29 Oktober sehingga 31 Oktober 2010..Seramai 40 peserta dan 8 urusetia telah terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini.. 30 peserta dari Taiping yang diwakili dari S.M.K. Pengkalan Aur dan 10 peserta dari Sg. Kerang yang diwakili dari S.M.K. Tat Beng.

Perbagai akviti telah dijalankan sepanjang program ini diantaranya.. senamrobik, Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), Mendaki Bukit Larut, Malam Bakat, Ceramah, Aktiviti berkumpulan dan perbagai lagi program.Antara yang paling menyeronokkan peserta memasak makanan mereka sendiri... bakat memasak mereka menyelah... sedap sampai urusetia pun kalah.. padai muda lagi sudah pandai memasak... Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang telah menjayakan program ini... dan inilah slogan dan kata - kata semangat dari mereka " PROSTAR BEST " . Insyaallah.. pihak kami akan mengadakan program sebegini pada masa yang akan datang.... maka bersamalah kita merealisasi Remaja Cemerlang PROSTAR Gemilang untuk 1 PROSTAR 1 Malaysia.





Peserta memasak sendiri .... sedap pulak tu.. pandainya masak..


Hai.. urusetia pun kena masak sendiri...ha..ha..ha



waktu makan.... peserta merasai masakan sendiri.... ummm.. kenyang dan sedap



Kecerian peserta terselah... sukanya mereka..





Aktiviti si buta... hai... macam - macam gaya dan aksi yang dipersembahan..oleh peserta

Selamat Menempuhi Peperiksaan PMR dan SPM 2010

Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya dalam peperisaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) kepada ahli - ahli Kelab PROSTAR terutama kepada ahli Kelab PROSTAR Larut Matang yang bakal dan akan menempuhi ujian getir ini... Pesanan dari saya hadapilah dengan tenang, jangan tergopoh gapah... jawab dengan yakin... tidak lupa jaga kesihatan diri supaya badan sihat boleh jawab dengan mudah.... penting juga sentiasa solat dan doa minta dari Allah... Insyaallah permintan anda akan ditunaikan..

Ingat jangan tiru atau ponteng peperiksaan...ok.. belajar dengan bersungguh - sungguh... kecapilah impian anda semua.. saya juga meningatkan agar jauhi penyalahgunaan dadah serta amalkan gaya hidup sihat.... jangan berlumba atau mat rempit ok... Sekali lagi saya ucapakan semoga berjaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...