JiwaKU PROSTAR: Ogos 2011

FoLLower

Budaya Aneh Orang Sungai Bayor

Aneh dan menarik, dua perkataan yang dapat menggambarkan keadaan orang tempatan Sungai Bayor, Selama, Perak. yang hanya berlangsung dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jika datang ke Sungai Bayor dari Taiping ia memakan masa selama sejam. Umpama kita  mengambil masa melihat cerita Kasih Alia, Siri Akasia TV3. 

Kisah ini dialami sendiri oleh penulis, urusetia program Sinar Ramadhan PROSTAR sesi 2011. Teruja apabila dapat mengadakan program dalam bulan puasa. Hem bukan calang-calang orang boleh mengadakan program kesihatan dalam bulan suci ini dengan menahan lapar dan dahaga. Syukur alhamdulillah dengan berkat-Nya penulis ditemani dengan pokok-pokok redup, menghadirkan suasana tenang dan segar sepanjang perjalanan di waktu pagi jam 8.30 pagi. 

Laluan ke tempat Sungai Bayor penuh dengan jerangkap samar. Sana sini serata jalan berselerakan sisa buangan dari binatang ternakan orang kampung, rakan kami En. Adni jenuh mengawal 'stereng' kereta mengelak dari ia terkena tayar. Agaknya apa yang difikirkannya, mungkin "Alahai lepas nie tentu aku kena cuci balik lepas habis program nie." 

Sampai saja kami di Klinik Kesihatan Sungai Bayor, kami disambut dengan senyum tawa para peserta. Ada diantara mereka ini masih baru dan ada juga yang telah lama bersama dengan Kelab PROSTAR daerah Larut Matang dan Selama. Pagi tersebut diisi dengan agenda pendaftaran, ujian kesihatan remaja, dan suai kenal. Membawa ke petang diteruskan dengan ceramah oleh En. Meor juga dikenali dengan Engku Mye. Dari petang berganti malam, urusetia dan peserta bersiap siagam dengan pakaian masing-masing, berbuka puasa di Masjid Al Azizah berhampiran tapak aktiviti. 

Gendang yang dibuat dengan kulit lembu dipalu berulang kali. Terpana seketika bila melihat ia dipukul. Menandakan sudah masuk waktu Magrib dan dengan berkat kesabaran tertunai sudah puasa sehari. Siap solat fardu Magrib dan Isyak, terkemudian solat sunat Terawih. Kemuncak keanehan yang ditemui oleh penulis, bermula penghabisan penulis sempurnakan solat. Rakan penulis, En. Rahim yang berkhidmat di klinik. Beria-ia mempelawa penulis minum. Hati kecil penulis berkata, "Haish, mana lea ada kedai minum malam-malam macam nie, dah tue kawasan kampung plak." 

Ternyata sangkaan penulis meleset, rupa-rupanya Pasar yang dibina pada tahun 1966 yang sudah bertukar menjadi kedai minum, penuh dengan pelanggan. Tapi mana letaknya pasar sebenar, pasar ikan atau pasar basah. Rupa-rupanya kedai dijadikan pasar terletak berhampiran dengan pasar tersebut. Yang anehnya rumah kedai pula yang menjadi 'market ikan', bukan itu sahaja, yang paling aneh dan menarik, setiap gerai makan yang dibuka bagai cendawan tumbuh dalam lingkungan kawasan Sungai Bayor tidak lari dari menghidangkan tiga (3) jenis makanan. 

Definisi aneh bagi Goethe "Barang yang aneh, anda anggap biasa apabila anda tidak memerhatikannya. Barang yang sehari-hari anda lihat menjadi aneh apabila anda melihatnya dengan latar belakang yang lain daripada biasanya."

Dek kerana tiga jenis makanan ini, tempat yang sebelum datangnya ramadhan sunyi. Berubah menjadi meriah dengan tidak berputus pengunjung datang menjamu selera 'special' tersebut khasnya. Bagi penulis ia suatu tradisi yang hanya terdapat dalam bulan ramadhan dan hanya di Sungai Bayor. Ia suatu pengalaman yang menyeronokkan serta menarik. Hebatkan apabila penulis mengikuti Program Sihat Untuk Remaja Malaysia (PROSTAR), penulis dapat menimba begitu banyak pengalaman. Peribahasa ada menyatakan "Banyak berjalan luas pandangan." 

Terima Kasih PROSTAR




Program Sinar Ramadhan PROSTAR 2011

Klinik Kesihatan Sg. Bayor, Selama Perak
Tanggal 20 dan 21 Ogos Kelab PROSTAR Larut Matang telah menganjurkan satu aktiviti dibulan puasa yang telah menjadi acara tahunan iaitu Program Sinar Ramadhan... Pada tahun ini Sg. Bayor, selama telah menjadi lokasi seramai 54 orang yang mengikuti program ini. Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini telah mengumpulkan remaja - remaja dan ahli kelab PROSTAR Larut Matang di daerah larut matang... Pelbagai aktiviti telah diadakan seperyi Latihan dalam Kumpulan ( LDK ), Berbuka puasa bersama penduduk setempat, bersahur, ceramah kesihatan, kibarkan jalur gemilang, Qialmuial, Tazkirah Agama serta Paintball telah selamat dijalankan.... Diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah menjayakan program ini.... Kita tunggu sapa yang menjadi mangsa tahun hadapan....



Gelagat dan gaya spotan..
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada urusetia program

Program Sinar Ramadhan PROSTAR 2011


Majlis penyampaian dan penutup program

peserta lelaki terbaik dan perempuan terbaik program Sinar Ramadhan 2011
majlis penyampaian sijil peserta program dan hadiah kumpulan

Program Sinar Ramadhan PROSTAR 2011



Penympaian sijil penghargaan kepada ahli kelab yang membantu kecerian sempena kemerdekaan untuk Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak ( KKIA ) Taiping

Program Sinar Ramadhan PROSTAR 2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...