JiwaKU PROSTAR: Gerai PROSTAR Memeriahkan Program Minggu Tembakau Peringkat Daerah

FoLLower

Gerai PROSTAR Memeriahkan Program Minggu Tembakau Peringkat Daerah

Sabtu - 4 Jun 2010
Sempena Program Minggu Tembakau yang disambut di peringkat daerah.. satu program telah dijalankan bertempat di Taman Tasik Taiping... Program yang bermula pada jam 8.30 pagi tersebut telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan... Pelbagai gerai dan acara diadakan.. seperti pertandingan melukis, pameran kereta, pameran kesihatan tentang rokok dan juga larian...

Sempena program tersebut kelab PROSTAR juga telah mengadakan pameran dan juga aktiviti seperti Explorace, Kuiz PROSTAR, Riben Merah, Cabutan Bertuah, Sudut Photografi dan juga permainan seperti congkak dan dam haji.. Tapak pameran Kelab PROSTAR juga mendapat sambutan yang hangat... Ia juga mendapat sambutan dari golongan remaja dan juga dewasa.. Tapak Pameran Kelab PROSTAR juga dilawati oleh Pengarah Kesihatan Daerah... dan pihak kami berbangga atas kunjungan beliau... Ia dapat menaikkan lagi semangat remaja untuk terus maju dan dapat memberi dorongan

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Pegawai Kesihatan Daerah LMS dan juga Pegawai kesihatan daerah - daerah.... Pengarah juga menyertai larian sihat mendaki bukit larut.. Syabas





Suasana di gerai Kelab PROSTAR Larut Matang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...