JiwaKU PROSTAR: Program Outreach Sinar Ramadhan PROSTAR Larut Matang

FoLLower

Program Outreach Sinar Ramadhan PROSTAR Larut Matang

Sabtu...... 04 September 2010

Seramai 33 peserta yang terdiri dari 15 peserta Taiping dan 18 peserta dari Sg.Kerang telah berkumpul diperkarangan Masjid Kg. Sg. Tinggi, Sg. Kerang...Perak. Tahun ini program Sinar Ramadhan berbeza dari tahun sebelumnya... kerana ianya dibuat selama sehari bermula dari jam 09.00 pagi sehingga 08.00 malam..Program yang mendapat kerjasama dari Penghulu Mukim Sg. Kerang dan Ketua - ketua kampung di sekitarnya termasuk ketua kampung Sg. Tinggi.. Walaupun program ini dijalankan selama 1 hari tertapi sangat berharga dan bermakna dimana peserta diberi ceramah mengenai kesihatan, peserta juga mengikuti outreach ke kampung - kampung, majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim ulul sopiah, Latihan dalam kumpulan ( LDK ), Gotong Royong, pemeriksaan kesihatan dan pameran serta ceramah atau tazkirah agama bertajuk kebaikan berpuasa di bulan ramadhan.... Program ini telah dirasmikan oleh r. Hj. Syed Mud Puad b. Hj. Syed Amran, Pegawai Kesihatan Daerah LMS serta di hadiri oleh Ketua - Ketua Kampung Mukim Sg. Kerang, Perak.



Peserta Program Outreach Sinar Ramadhan 2010





Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) kepada peserta program



Program Outreach ke Kampung - Kampung di sekitar Mukin Sg. Kerang, Perak.


Tazkirah agama kepada peserta program




Majlis berbuka Puasa bersama 30 anak yatim




Majlis penutup dan penyampaian saguhati duit raya oleh Pegawai Kesihatan Daerah LMS Dr. Hj. Syed Mud Puad b. Hj. Syed Amran.




Aktiviti Gotong royong membersihkan Masjid Kg. Sg. Tinggi, Sg. Kerang.



Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Sg. Kerang, Perak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...