JiwaKU PROSTAR: Program bersama Anak Yatim

FoLLower

Program bersama Anak Yatim



Hem bila melihat gambar-gambar lama teringat program PROSTAR pada tahun lepas iaitu apabila menyambut hari Raya Aidilfitri 2008, Ahli Kelab PROSTAR bersama-sama Kakitangan PKD Larut Matang & Selama serta ahli rumah anak-anak yatim Kg. Cheh, Bukit Gantang hepi sangat.

Program ini diadakan khusus kepada anak-anak remaja yang telah kehilangan tempat bergantung.


Program ini diadakan bagi mendekatkan remaja yang mempunyai ibu bapa kepada remaja yang seusia mereka yang telah kehilangan atau kematian kedua ibu bapaatau dalam erti kata lain anak-anak yatim. Bukan sahaja program ini dapat menyampaikan maklumat tentang kesihatan kepada mereka malahan ia dapat memberi


kegembiraan kepada anak-anak ini untuk bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim di kalangan ahli Kelab.


Walaupun program ini dijalankan hanya satu hari ianya diharap mampu memberi sinar harapan dan kegembiraan terutama kepada anak-anak yatim yang terdiri dari remaja belasan tahun. Saya harap mereka dapat menempuh dugaan dengan lebih berusaha lagi demi masa depan mereka.

Sedih juga bila kita terkenangkan yang mereka jika ada masalah tiada ibubapa sebagai tempat mengadu walhal kita nie bukan saja mengadu malahan mengherdik dan menengkin ibu bapa apabila kita marah :-c . Dan ada juga kisah dimana ada dikalangan anak yatim ini sanggup tinggalkan sekolah semata-mata untuk menjaga adik di rumah manakala ibunya bekerja walaupun berbapa tapi sayangnya tiada guna sebabnya bapa anak yatim tersebut hanyalah seorang penagih dadah tegar. Astagafirullah.

Hem apa nak dikata, cuma kefahaman yang jelas akan

menyedarkan kepentingan peranannya kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama.

seorang insan biasa boleh melakukan perkara yang luarbiasa



sekian dari engku

@>---




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...