JiwaKU PROSTAR: Program pemantapan remaja PROSTAR

FoLLower

Program pemantapan remaja PROSTAR




Pada 23 hingga 25 Januari 2009 bertempat di Klinik Kesihatan Kuala Kurau telah diadakan satu Program Pemantapan Diri Remaja Peringkat Daerah.... Program Anjuran Kelab PROSTAR Larut Matang ini telah mengumpulkan remaja2 dari Mukim daerah Larut Matang . seramai 30 peserta telah terlibat sambil dikendalikan oleh 6 orang urusetia... antara mukim yang terlibat mukim taiping, batu kurau, redang panjang, ijok dan juga selama.

Walaupun pelibatan hanya sedikit dan tidak ramai namun program ini berjaya diadakan. Penceramah pula terdiri dari AJK Kelab PROSTAR Daerah Larut Matang sambil dibantu 2 urusetia dari Selama. Terdapat empat kumpulan telah diwujudkan di mana masing2 telah menunjuk bakat serta jaguh masing2 untuk mandapatkan mata setiap aktiviti yang dijalankan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan umpamanya mencari harta karun, senamrobik, latihan dalam kumpulan, permainan, kuiz dan sebagainya.

Pada akhir program ini setiap kumpulan telah mengadakan satu persembahan kumpulan yang telah diberi senario setiap kumpulan.. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Hj. Syed Mud Fuad b. Syed Amran Pegawai Kesihatan Daerah LMS




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...