Penyakit Sindrom Kurang Daya tahan melawan Penyakit atau AIDS merupakan salah satu topik yang begitu hangat diperkatankan pada masa kini. Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) terdapat di dalam darah.Penyakit ini boleh merebak melalui perhubungan seks secara rambang, perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah dan dari ibu yang dijangkiti kepada anak dalam kandungannya. Hingga kini tiada ubat atau vaksin yang boleh menyembuhkan penyakit ini.
Walaupun banyak publisiti mengenai bahaya HIV /AIDS, namun masyarakat seolah-olah mengambil sikap endah tak endah. Paling menyedihkan, golongan remaja dan belia adalah golongan yang paling ramai terpengaruh dengan gejala sosial. Bermula dengan tabiat merokok diikuti dengan pengambilan dadah seterusnya kepada risiko jangkitan HIV. Jika keadaan ini berterusan, maka negara akan ketandusan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara
Berdasarkan konsep PROSTAR, ‘Dari Remaja Kepada Remaja Untuk Remaja’ , Pejabat Kesihatan Daerah, Kelab PROSTAR Larut Matang dengan kerjasama Kelab PROSTAR Selama terus menganjurkan Program Pemantapan Remaja PROSTAR Dalam Pencegahan dan Kawalan HIV/AIDS.
Program ini bertujuan memperkasakan pembimbing di kalangan remaja supaya mereka sendiri dapat menarik perhatian rakan-rakan mereka yang lain supaya menjauhi gejala sosial yang boleh membawa kepada HIV/AIDS.
Program Pemantapan Organisasi di Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Bertempat di Kem Rekreasi Ulu Kenas pada 6 hingga 8 Februari telah berlangsung Program Pemantapan Organisasi Kelab PROSTAR pPeringkat Daerah Larut Matang Dan Selama. Program yang telah dianjurkan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang ini telah berjalan sdengan sempurna dan berjaya.... Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam nie telah mengumpulkan remaja dalam mengetahui Organisasi sesuatu persatuan.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah LMS Dr. Hj.Syed Mud Fuad b. Syed Amran.... bagi pihak urusetia dan Fasilitator mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesudian Pegawai Kesihatan Daerah hadir merasmikan perasmian penutup program..
Selain ceramah mengenai pengurusan kelab.... terselit juga ceramah mengenai HIV / AIDS, Rokok, Arak Dan Dadah serta gejala sosial remaja masa kini... Program yang telah dihadiri seramai 40 orang ahli kelab ini telah menunjukkan komitmen dan preatasi yang tinggi. Ahli tersebut datang dari mukim Taiping, Simpang, Batu Kurau, Sg Ara, Redang Panjang dan juga Selama.
Selain ceramah terdapat juga program seperti Aksi lincah yang menguji minda dan kecekapan ahli kumpulan, Mencari harta karun.... Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), senamrobik dan sebagainya telah diadakan...
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah LMS Dr. Hj.Syed Mud Fuad b. Syed Amran.... bagi pihak urusetia dan Fasilitator mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesudian Pegawai Kesihatan Daerah hadir merasmikan perasmian penutup program..