JiwaKU PROSTAR: Jom...Moh Kita daki Bukit Larut....

FoLLower

Jom...Moh Kita daki Bukit Larut....










Sambutan Hari AIDS Peringkat Daerah LMS telah selamat dijalan pada 12 Disember 2009.... Program ini adalah kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah LMS, Kelab PROSTAR Laru Matang dan dengan lain - lain agensi. Sebelum Flag Off peserta menjalani sesi regangan yang disertai juga oleh TPK. Majlis perlancaran tersebut telah dilancarkan pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr. Hj. Mohamed Naim b. Abdul Kadir. Beliau juga telah mendaki bersama- sama dengan peserta.

Seramai lebih kurang 300 peserta yang terdiri dari orang awam, kakitangan dari agensi jabatan lain dan juga Ahli Kelab PROSTAR telah terlibat secara langsung. Peserta hendaklah mendaki sepanjang lebih kurang 1.5 kilometer.( Chekpoint 2 ). Di Chekpoint disediakan air minum, makanan dan juga tuala.

Semasa menuruni bukit peserta boleh mencuba nasib dalam hadiah cabutan bertuah. Sebanyak 30 cabutan bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur. hadiah cabutan bertuah berupa makanan berkhasiat.

Majlis tersebut telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Sepanjang program tersebut terdapat perbagai aktiviti yang telah disediakan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang iaitu Pameran, Permainan Dam Haji, Kuiz PROSTAR dan juga jualan. Kelab PROSTAR Larut Matang juga telah menyediakan sebanyak 5 hadiah kuiz untuk pertandingan kuiz.Walaupun program ini dijalankan selama setengah hari ianya telah mendapat sambutan yang hangat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...