JiwaKU PROSTAR: Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Negeri Perak 2009

FoLLower

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Negeri Perak 2009

Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput.... Perak

Bertarikh pada 28 sehingga 30 Disember 2009..penutup tahun 2009 telah diadakan satu Program Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2009.Program anjuran Kelab PROSTAR Negeri Perak dan Kelab PROSTAR Malaysia dengan kerjasama Kelab PROSTAR Larut Matang dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini telah menghimpunkan seramai 49 peserta iaitu 15 peserta perempuan dan 24 peserta lelaki serta dibantu dengan 18 Urusetia telah terlibat dalam program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam nie....

Dalam program ini Kelab PROSTAR Larut Matang telah diberi kepercayaan oleh Kelab PROSTAR Negeri Perak untuk menganjurkan dan menjayakan program PRS ini dengan bantuan dari AJK Negeri Perak...Kelab PROSTAR Larut Matang telah menghantar wakil dan peserta untuk program PRS ini..

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti... Kapal karam, ceramah,kembara PROSTAR, Aksi PROSTAR,Ceramah dari PDRM, Penghayatan diri, persembahan kumpulan serta permainan mata ikan dan sebagainya...

Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.... disamping itu urusetia telah mengadakan 2 anugerah remaja yang cemerlang dalam program ini.... Bagi peserta lelaki adalah Adik Mohammad Rusydi dan peserta perempuan Nurul Husna...

Sebanyak 10 Daerah telah menghantar wakil yang terbaik dan terpilih untuk mengikuti program ini...

Program ini telah dirasmikan oleh En. Khairil Azha b. Daud, Ketua Pemuda Kg. Bekut,Sg. Siput.. Beliau juga adalah merupakan bekas YDP Kelab PROSTAR Negeri Perak bagi tahun 1996 sehingga 2002...

Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Penyelaras - penyelaras daerah yang terlibat serta AJK Kelab PROSTAR Negeri Perak.... yang sudi membantu dan menjayakan program PRS Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2009... tidak lupa juga kepada En. Yussaini yang turut serta menjayakan program ini... Sekian jumpa lagi...





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...