JiwaKU PROSTAR: Moh kita Rakit Ke Hulu....

FoLLower

Moh kita Rakit Ke Hulu....

Pada 6 hingga 8 November 2009 Kelab PROSTAR Malaysia telah mengadakan Karnival Rakit PROSTAR Peringkat Kebangsaan yang telah dilaksanakan di Kg. Batu Melintang, Tapah. Program julang kalinya di buat oleh Kelab PROSTAR Malaysia telah mendapat penyertaan dari Kelab PROSTAR dari Kedah, Terengganu, Pahang, Melaka dan Negeri yang terdapat di semenanjung... Progrm rakit yang dibuat selama 3 hari 2 malam ini juga telah mengumpulkan PROSTARIAN dan sebanyak 30 rakit telah dibuat.

Sepanjang program tersebut terdapat beberapa aktiviti seperti Senamrobik, Lawatan Ke Kg. Orang Asli, Gotong Royang dan sebagainya telah diadakan.... Pada hari yang dinantikan peserta perlu menjawab soalan di setiap persinggahan dan terdapat 5 chekpoint dan mata dikira untuk setiap kumpulan.

Mereka yang telah berjaya diberi hamper dan saguhati ..... tempat pertama disandang oleh penduduk tempatan dan tempat kedua dan ketiga dari luar negeri Perak.

Program ini juga turut dihadiri oleh Presiden Kelab PROSTAR Malaysia iaitu Dr. Ismail Lasa yang sama2 membantu menjayakan program ini. Terima Kasih dan syabas kepada tuan
Presiden yang sudi turun padang.

Perasamian penutup telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak.













Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...