JiwaKU PROSTAR: Gerai PROSTAR Larut Matang Mengegarkan Program....PRIDE

FoLLower

Gerai PROSTAR Larut Matang Mengegarkan Program....PRIDE

Barisan Urusetia dan Sukarelawan
Kelab PROSTAR Larut Matang

Program yang dianjurkan oleh Yayasan PRIDE ( Persatuan Pencegahan Kanser Payudara ) dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta LPPKN yang telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping ( Kamunting ) pada 6 Februari 2010 ( Sabtu ) telah digegarkan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang..

Seramai 14 ahli kelab PROSTAR Larut Matang terdiri daripada Penyelaras Kelab,Pengerusi , Bendahari serta 11 ahli sukarelawan Kelab PROSTAR Larut Matang telah turun sejak pukul 8.00 pagi lagi... walaupun majlis tersebut bermula pada 9.00 pagi...

Kelab PROSTAR Larut Matang telah membuka gerai pameran... terdapat beberapa aktiviti yang telah diadakan di ruang pameran tersebut diantaranya....

1. Mengadakan jualan Muffin yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai...
2. Mengadakan ruang permainan tradisional seperti Congkak dan Dam Haji untuk remaja....
3. Mengadakan Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation.....
4. Mengadakan pameran PROSTAR....
5. Mengadakan Pendaftaran Keahlian Kelab PROSTAR Larut Matang....
6. Mengadakan Pertandingan teka jumlah bilangan Bola.....
7. Mengadakan Temuseru atau Outresch kepada orang ramai....




Permandangan di Gerai Pameran... Kelab PROSTAR Larut Matang



Aktiviti Permainan Dam Haji dan Congkak......


Aktiviti Outresch atau temuseru kepada orang ramai..



Aktiviti Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation

Selain dari Pameran dari kelab PROSTAR Larut Matang terdapat beberapa acara seperti pertandingan mewarna, Pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan kanser Payudara, Pameran dari Jabatan Kerajaan dan sebagainya...

Walaupun program ini diadakan selama 1 hari ianya mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat setempat dan juga dari daerah yang berdekatan...

Saya Ahmad Rasyidi Elias selaku Pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang serta AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sukarelawan PROSTAR Larut Matang iaitu Nurdin, Wanie, Nurul, Deeba, Ana, Dayah, cikin, Iza , yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini....serta ahli PROSTAR dari Selama dan juga Felda Ijok, Selama yang sudi datang meramaikan dan menyertai program ini.. tahniah kepada pasukan bola sepak futsal PROSTAR Felda ijok yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...