JiwaKU PROSTAR: Kempen 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation...

FoLLower

Kempen 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation...

Assalamualaikum....

Kepada saudara/saudari serta ahli kelab PROSTAR sekelian... sempena tahun 2010 ini Kelab PROSTAR Larut Matang akan menjalankan Program Kempen 1 Riben 1 Ringgit dan 1 Nation dimana sumbangan anda sebanyak RM 1 ringgit untuk satu riben amat dihargai...

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan.. dimana wang yang terkumpul akan diberikan kepada rumah kebajikan masyarakat, anak - anak yatim serta anak atau ibu yang dijangkiti jangkitan HIV/AIDS.


Apabila anda menyumbangkan RM 1 maka 1 riben akan dilekatkan pada program tersebut... Program yang telah bermula pada Januari sehingga Disember 2010. bagi ahli yang ingin menyumbangkan sempena program ini boleh di buat di Pusat Aktiviti Remaja PROSTAR Larut Matang di tingkat atas, Klinik kesihatan Ibu Dan Anak ( KKIA ) Taiping, pada hari sabtu atau ahad dari jam 9.00 pagi hingga 4 petang dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi Penyelaras Kelab PROSTAR Larut Matang En. Meor Abdul Rahman no. tel 05 8072027 atau pengerusi Kelab PROSTAR Larut Matang En. Ahmad Rasyidi di talian 0125740194....


Sumbangan anda untuk menjayakan program ini amatlah dihargai....

2 ulasan:

Halim Successful berkata...

Assalamualaikum Tuan...

Saya En. Halim selaku PENGERUSI PERTUBUHAN GERAKAN BENCANA MALAYSIA ingin menjalinkan kerjasama dengan PROSTAR KKM. bagaimana untuk saya menjalinkan kerjasama dan dengan siapa untuk saya hubungi bagi PROSTAR PERAK dan JOHOR.

Diharap dengan kerjasama dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Kerjasama yang dapat kami berikan adalah dalam bentuk tenaga. Sekiranya tuan mempunyai program pada 26 mac 2016 hingga 02 April 2016 boleh maklumkan kepada saya melalui email atau di FACEBOOK Pgbm Msia kerana pada tarikh tersebut saya ada di IPOH, PERAK..

Tanpa Nama berkata...

Walaikum salam atas kesudian tuan untuk turut bekerjasama dengan Kelab Prostar Perak atau Kelab Prostar Larut Matang dan Selama khususnya. Sebarang pendapat dan harapan pihak tuan telah kami kemukakan pada pihak yang berkenaan. Alangkah baik jika tuan dapat tinggalkan sebarang No tel atau sebarang alamat untuk kami hubungi bagi menjayakan kerjasama ini nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...