JiwaKU PROSTAR: Timbalan Menteri Kesihatan Melawat Pameran PROSTAR Negeri Perak

FoLLower

Timbalan Menteri Kesihatan Melawat Pameran PROSTAR Negeri Perak

28 Mac 2010 - Ahad
Bukit Merah Lake Town Resort

Selepas Perasmian Penutup Konvensyen Kelab PROSTAR Kebangsaan Kali Ke 10, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Y.B Datuk Rosnah Shirlin Bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin diiringi oleh Tuan Hj. Abdul Jabar b. Ahmad Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin B. Dato Hj. Ahmad Mahir Pengarah Kesihatan Negeri Perak bersama VVIP serta para jemputan telah meluangkan masa untuk melawat pameran Kelab PROSTAR Negeri - negeri yang telah diadakan di Dewan Kalui.

Semasa beliau berada di tapak pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak yang diwakili oleh Kelab PROSTAR Larut Matang, Beliau disambut oleh beberapa ahli sukarelawan Kelab PROSTAR Larut Matang...

Lawatan beliau telah diterangkan oleh Cik Nalini a/p Siniah wakil dari Kelab PROSTAR Larut Matang.,.. Semasa lawatan beliau, Datuk Rosnah telah menyumbangkan sumbangan peribadi untuk 1 riben.. dan Kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beliuan dimana sumbangan itu sedikit sebanya dapat membantu kelab menjayakan Program 1 Riben 1 Ringgit 1 Nation bertujuan untuk membantu gelongan yang dijangkiti HIV / AIDS... Beliau juga sudi menandatangani Buku Lawatan... Kelab PROSTAR Larut Matang Bersama Kelab PROSTAR Negeri Perak mengucapkan Ribuan terima kasih diatas kesudian Datuk meluangkan masa melawat tapak pameran Kelab PROSTAR Negeri Perak.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...