JiwaKU PROSTAR: Prostar Larut Matang Wakil Perak.... Cayalah....

FoLLower

Prostar Larut Matang Wakil Perak.... Cayalah....

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Kelab PROSTAR Negeri Perak yang telah memberikan kepercayaan kepada Kelab PROSTAR Larut Matang untuk mewakili Negeri Perak ke program GEMA PROSTARIAN Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 18 - 20 Januari 2010 yang lalu.
Penghargaan yang penuh bermakna ini telah menaikkan nama Kelab PROSTAR Negeri Perak dimana ruang pameran telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dari pengunjung serta peserta dan juga ahli PROSTAR yang lain...
Melalui konsep " Remaja Sihat Kesejahteraan Keluarga " yang dislogankan oleh Kelab PROSTAR Larut Matang telah menarik minat perbagai kaum dan juga orang awam.... untuk menyertai dan mencuba aktiviti yang telah dijalankan...
Antara aktiviti adalah permainan tradisional seperti congkak dan dam haji serta aktiviti sumbangan seperti pameran, 1 ribbon,1RM,1 nation serta jualan...
Kepada deligasi Kelab PROSTAR Larut Matang diucapkan ribuan terima kasih diatas kesungguhan dan pengorbanan anda dalam menaikkan nama PROSTAR negeri Perak...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...