Kuala Lumpur.... 27 Ogos 2010 Jumaat...
Kesibukkan Kota Metropolitan....Kuala Lumpur telah menjemput kami untuk mengharungi liku - liku kehidupan suasana warga kota yang terbesar di Malaysia dan juga merupakan Ibu Negara Malaysia... Di tengah - tengah kepesatan pembangunan sekeliling terdapat satu bangunan di Jalan Raja Laut yang menjadi serbuan kami... untuk bersama - sama menghadiri satu majlis berbuka puasa..
Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Citrus... seramai lebih kurang 30 orng telah menghadiri majlis tersebut... susah bebenor nak mencari hotel ini... sampai terpaksa beli peta Kuala Lumpur... rupanya kami dah sesak... Majlis berbuka puasa ini diadakan sempena sambutan bulan ramadhan.
Kami bertolak dari taiping dengan menggunakan kenderaan sendiri... pada jam 11 pagi... dan sampai ke Ibu Kota jam 5 Petang... jem... teruk yang amat sangat... nasib baik kami cuma sesat sekali sahaja.. jika tidak berbukalah kami dalam kereta...uuuummmm.. sedih..
Apapun... terima kasih tuan Presiden Kelab PROSTAR Malaysia yang sudi menjemput kami untuk bersama- sama berbuka puasa.. Makan jangan tidak makan... sampai kenyang perut kami... dah lepas makan kami pun bertolak balik... ke Taiping... penat gak sampai pukul 1 pagi... letih sungguh....
Suasana Majlis Berbuka Puasa....