JiwaKU PROSTAR: Kelab PROSTAR Larut Matang Membantu Rumah Komuniti

FoLLower

Kelab PROSTAR Larut Matang Membantu Rumah Komuniti

Pokok Assam..Taiping, Perak
09 Ogos 2010

Satu sejarah telah tercipta di mana Kelab PROSTAR Larut Matang telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi ahli jawatankuasa penaja penubuhan Rumah Komuniti untuk bekas Penagih Dadah... Dalam membantu penubuhan rumah tersebut.. kelab PROSTAR Larut Matang diberi kepercayaan untuk membantu dari segi program Latihan dan Kepimpinan....

Ringkasan perjumpaan penubuhan Rumah Komuniti ini telah dihadiri oleh Tim.Ketua Pengarah AADK Negeri Perak, Ketua Kampung, Jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Penjara Malaysia ( Parol ), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta NGO.

Tujuan rumah Komuniti yang telah dicadang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) ini membantu bekas penagih yang telah dibebaskan dari pusat serenti dan juga sebagai One Stop Central... untuk penagih dan juga remaja yang terlibat dalam penagihan dadah.. Harapan agar masyarakat dapat menerima penubuhan Rumah Komuniti ini untuk bekas penagih kembali ke pangkal jalan.. dan diterima dalam masyarakat.

Bekas penagih akan diberi pendedahan berbentu kemahiran, ilmu pengetahuan, kepimpinan, semangat dan lain- lain yang diperlukan oleh bekas penagih di Rumah komuniti tersebut


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...