JiwaKU PROSTAR: PROSTAR Larut Matang turun ke bumi Hang Tuah

FoLLower

PROSTAR Larut Matang turun ke bumi Hang Tuah

Pada 15 januari 2010 satu lawatan sambil belajar ke bumi Hang Tuah oleh 3 pahlawan dari kelab PROSTAR Larut Matang iaitu Penyelaras kelab En. Meor Abd. Rahman(meor_ar@yahoo.com.my), Pengerusi En. Ahmad Rasyidi dan Bendahari En. Mohd Irwan telah membawa seribu erti..

Lawatan tersebut diadakan sebelum menghadiri Mesyuarat pencapaian 2009 dan Pelan Tindakan 2010 peringkat kebangsaan yang diadakan di Gunung Ledang Resort, Tangkak , Johor pada 15 - 17 januari 2009... Lawatan ke Pusat Khidmat PROSRTAR ( PKP ) Jasin telah disambut mesra oleh penyelia PKP Cik Hasniza dan juga pen. penyelia En. Amirul...

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga mempelajari pengurusan pusat dengan lebih baik.... Keadaan pusat tersebut amatlah membanggakan.. cantik, kemas dan tersusun... terdapat internet, ruang bacaan, ruang rehat dan sebagainya... Pusat ini juga merupakan satu Pusat Khidmat PROSTAR yang aktif menjalankan perbagai aktiviti dijalankan samada di PKP tersebut mahupun di luar.

Walaupun lawatan tersebut hanya beberapa jam sahaja.. Ianya banyak memberi pembelajaran diperolehi dan boleh digunakan untuk Pusat Ativiti Remaja PROSTAR Daerah Larut Matang yang bakal dibuka tidak lama lagi...

Pihak kelab PROSTAR Larut Matang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhinggakepada PKP Jasin yang sudi menerima kedatangan kami walaupun secara mengejut... Harapan kami agar perhubungan akan berkekalan... bersamalah kita merelisasikan slogan PROSTAR Malaysia 1 PROSTAR 1 Misi 1 Harapan








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...